Harian Metro

Heung-min, Rudiger jadi mangsa ejekan

-

Pegawai polis akan bekerjasam­a dengan kelab untuk mengenalpa­sti sesiapa yang bertanggun­gjawab”

London: Isu perkauman yang membelengg­u bola sepak Inggeris melangkah ke episod baharu apabila pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min juga menjadi mangsa ejekan penyokong, selain Antonio Rudiger dari Chelsea dalam perlawanan membabitka­n kedua-dua pasukan, kelmarin.

Dalam perlawanan yang menyaksika­n Chelsea menang 2-0 di Stadium Tottenham Hotspur itu, pengadil, Anthony Taylor menangguhk­an permainan pada separuh masa kedua apabila Rudiger mengadu mendengar ada penyokong tuan rumah yang membuat bunyi suara monyet yang ditujukan kepadanya.

Namun, tidak lama selepas itu, laporan akhbar Britain, Guardian turut melaporkan seorang penyokong Chelsea turut ditahan kerana mengejek Son.

Polis Metropolit­an London memberitah­u AFP, satu tangkapan dibuat membabitka­n isu perkauman namun enggan mendedahka­n sama ada individu yang ditahan itu adalah penyokong mana-mana kelab.

Jurucakap polis

Jurucakap polis berkata: “Pihak polis dilaporkan mengenai ejekan dikatakan berbaur perkauman pada separuh masa kedua di antara Tottenham dan Chelsea pada Ahad, 22 Disember.

“Pegawai polis akan bekerjasam­a dengan kelab untuk mengenalpa­sti sesiapa yang bertanggun­gjawab.”

Sementara itu, Tottenham yang berjanji memberikan kerjasama susulan insiden membabitka­n Rudiger berkata, siasatan awal gagal menemui pesalah terbabit meskipun menghabisk­an banyak waktu melihat kepada imej kamera video di stadium selain menggunaka­n khidmat pembaca gerak bibir profesiona­l. - AFP

 ??  ?? HEUNG-min (kiri) ditenteram­kan Harry Kane selepas pengadil menangguhk­an permainan pada separuh masa kedua.
HEUNG-min (kiri) ditenteram­kan Harry Kane selepas pengadil menangguhk­an permainan pada separuh masa kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia