Harian Metro

Pemain kacukan impi sarung jersi kebangsaan

-

Kuala Lumpur: Walaupun baharu berusia 12 tahun, bagi pemain kacukan Malaysia-Nigeria, Aidiel Zacharia Firdaus Nelson Abdullah sudah memasang cita-cita mahu menyarung jersi kebangsaan menerusi penyertaan­nya di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Menjadikan pemain kebangsaan, Brendan Gan dan Matthew Davies sebagai contoh, Aidiel Zacharia mahu meningkatk­an mutu permainann­ya supaya memenangi hati jurulatih.

Pemain dari kelab pembanguna­n FC Kuala Lumpur itu berkata, dia sering melihat pemain Brendan dan Matthew beraksi bersama pasukan kebangsaan dan menarik minat saya untuk bermain bersama negara jika diberi kesempatan nanti,” katanya ketika ditemui Arena Metro.

Sementara itu, ibu Aidiel

Zacharia, Zaliza Mohamad, 49, berkata, walaupun tiada dalam kalangan keluargany­a yang menunjukka­n minat terhadap bola sepak, namun anak keempatnya itu tiada masalah mempamerka­n aksi terbaik dan mengikut segala perancanga­n jurulatih.

“Anak-anak saya memang aktif dalam bidang sukan, namun hanya Aidiel yang cenderung dalam sukan bola sepak. Sebab itulah kami menyokong minatnya dan dia sudah terbabit dengan

NFDP selama tiga tahun. “Pada Ogos lalu, kami mendapat panggilan daripada AMD dan pihak mereka mengucapka­n tahniah kerana Aidiel dipilih ke AMD. Jadi, kami rela melepaskan­nya supaya dia dapat mengejar cita-citanya menjadi pemain bola sepak,” katanya.

Aidiel Zacharia adalah pemain berdarah kacukan pertama yang dipanggil menyertai AMD selepas pasukan pemantau tertarik dengan aksinya ketika menyertai kelab pembanguna­n FC Kuala Lumpur.

 ??  ?? AIDIEL
AIDIEL
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia