Harian Metro

Empat bintang muda ke Jepun

-

Kuala Lumpur: Pemain negara berpeluang menimba pengalaman di Jepun apabila kelab bola sepak negara Matahari Terbit itu, Fagiano Okayama berhasrat membawa empat bintang muda Malaysia untuk bersama kelab terbabit pada masa akan datang.

Pemilihan empat pemain bawah 12 tahun itu dibuat berdasarka­n program Klinik Bolasepak Akar Umbi Fagiano Okayama yang diadakan di empat lokasi berbeza iaitu Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, Majlis Sukan Negara dan Stadium Hang Tuah, Melaka.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang juga penganjur bersama program itu melihat sambutan ke atas program berkenaan sangat menggalakk­an.

Malah, beliau turut berpuas hati melihat bakat muda negara yang berusia bawah 12 tahun, berpotensi untuk di kembangkan ke peringkat lebih tinggi.

“Sambutan yang diterima cukup menggalakk­an di mana lebih 3,400 pemain dari seluruh negara mendaftar bagi menyertai program ini.

“Cuma kami hanya mengambil seramai 200 orang di setiap lokasi. Mungkin tahun depan jumlah ini akan kami tingkatkan.

“Saya melihat pemain muda Malaysia mempunyai bakat tinggi. Perkara ini diakui oleh jurulatih dari kelab Fagiano Okayama yang menjalanka­n program,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi di negara ini berada pada tahap terbaik termasukla­h usaha kerajaan yang ingin membawa sukan nombor satu itu ke peringkat lebih tinggi.

“Kami akan menaja empat pemain ini dan akan umumkan tarikh untuk membawa mereka ke Jepun dalam masa terdekat,” katanya.

3,400 pemain dari seluruh negara

mendaftar bagi menyertai program

dijalankan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia