Harian Metro

Sorok arak dalam gudang

-

Kuching: Gudang dikunci tanpa nama syarikat. Itu helah terbaru digunakan penyeludup minuman keras di Sarawak untuk mengeliruk­an anggota penguat kuasa daripada mengesan aktiviti haram mereka.

Namun, tindakan itu terbongkar apabila sejumlah 4,878.72 litar minuman keras dengan anggaran nilai duti kastam RM76,886.91 dirampas di Jalan Kuap kelmarin.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, semua minuman keras itu disimpan dalam gudang tanpa tanda nama syarikat, dipercayai untuk mengeliruk­an anggota penguat kuasa.

“Itu antara taktik terbaru digunakan penyeludup minuman keras di Sarawak mengelak dikesan pihak penguat kuasa.

“Namun, hasil risikan dan maklumat orang awam kita berjaya membongkar kes itu dengan kerjasama anggota Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin,

Beliau berkata, gudang itu

Itu adalah antara taktik terbaru digunakan penyeludup minuman keras di Sarawak mengelak dikesan pihak penguatkua­sa”

Sharifah Halimah

dibuka secara paksa kerana pemiliknya gagal dikesan dan semua minuman keras yang disimpan di situ dirampas untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

“Kami minta orang awam memberikan kerjasama menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an seperti arak, rokok, mercun dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu amat diperlukan bagi membolehka­n tindakan segera diambil terhadap mereka yang melakukan kegiatan haram berkenaan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada minuman keras yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Kuap, Kuching.
SEBAHAGIAN daripada minuman keras yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Kuap, Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia