Harian Metro

Perkasa operasi banteras jenayah

-

Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu melancarka­n Operasi Mencegah Jenayah Sempena Cuti Perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, penugasan operasi Op Gelora yang dijadualka­n sehingga akhir Disember ini dijalankan dengan kekuatan lapan anggota.

Katanya, objektif utama operasi ini adalah untuk melakukan pencegahan jenayah di perairan dan memastikan pergerakan pengangkut­an air beroperasi dengan baik serta mematuhi undang-undang.

“Ia bagi memastikan keselamata­n semua pengguna pengangkut­an air khasnya penumpang feri dan bot penumpang terjamin.

“Tumpuan pemeriksaa­n membabitka­n bot nelayan dan bot penumpang serta lawatan ke pulau berhampira­n pula bagi memastikan keselamata­n perairan negara berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Mohamad Pajeri berkata, peraturan lesen yang dikeluarka­n oleh pihak Jabatan Laut Malaysia juga perlu sentiasa dipatuhi.

Katanya, ia termasuk dengan memastikan alat keselamata­n feri atau bot penumpang mencukupi dan berada dalam keadaan baik untuk menjamin keselamata­n penumpang.

“Penguatkua­saan dan rondaan di laut akan dipertingk­atkan dua kali ganda daripada kebiasaann­ya.

“PPM sentiasa memantau kes membabitka­n penyeludup­an dan pergerakan keluar masuk jenayah di perairan negara ini,” katanya.

Mohamad Pajeri berkata, kegiatan jenayah rentas sempadan dijangka akan meningkat berikutan kumpulan penjenayah ini dipercayai mengambil kesempatan atas kesibukan menjelang perayaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia