Harian Metro

Banjir tak surut

Kampus Universiti Malaysia Sabah Labuan digenangi air

-

Kuarters pensyarah dan staf Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) digenangi ‘banjir termenung’ yang menjadi semakin buruk apabila air hujan bertakung dan tidak dapat mengalir keluar ekoran masalah perparitan di kawasan itu.

Paras air meningkat daripada paras pinggang pada Isnin kepada paras dada sehingga jam 2 petang Selasa tanpa ada-apa tanda air akan surut.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah berkata, jumlah keluarga yang dipindahka­n meningkat kepada lapan keluarga daripada enam keluarga pada Isnin di mana mereka kini ditempatka­n di bangunan kuarters kosong di tempat lebih tinggi.

Beliau berkata, banjir kerap berlaku sejak Jun tahun ini apabila sebuah projek pembinaan bangunan bersebelah­an bangunan UMSKL dimulakan.

“Pemaju projek berjanji untuk membina sistem perparitan baharu bagi mengelakka­n banjir, namun masih belum dilaksanak­an,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata, beliau mengarahka­n pegawainya meneliti secara serius isu itu dan mencari jalan penyelesai­an efektif.

“Kami mengadakan perbincang­an dengan pihak UMSKAL dan pemaju terbabit bagi mencari jalan penyelesai­an terhadap isu banjir itu secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan, Juniaddi

Awang Tuah berkata, beliau telah menghubung­i pemaju bagi kemungkina­n menggunaka­n pam air yang baharu diperoleh untuk mengepam keluar air bertakung itu.

“Tetapi kami memerlukan bantuan kontraktor pemaju untuk mengendali­kan pam air itu,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PENGHUNI kediaman kakitangan UMSKAL, Mohamad Haffiz Khaled meredah banjir bagi mengangkat dan memindahka­n barang dari rumahnya yang dilanda banjir.
PENGHUNI kediaman kakitangan UMSKAL, Mohamad Haffiz Khaled meredah banjir bagi mengangkat dan memindahka­n barang dari rumahnya yang dilanda banjir.
 ??  ?? ANTARA barangan yang terjejas akibat ditenggela­mi air.
ANTARA barangan yang terjejas akibat ditenggela­mi air.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia