Harian Metro

Tak sempat bawa motosikal curi

-

Labuan: Tindakan seorang lelaki cuba membawa motosikal curi dari Labuan ke Menumbok dengan menaiki feri gagal selepas dicekup polis di Terminal Feri Kenderaan Labuan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, suspek berusia 50-an ditahan selepas kira-kira tiga jam melarikan motosikal jenis Yamaha 135LC milik seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata, tangkapan dan rampasan dibuat selepas pihaknya menerima maklumat sebuah motosikal diletakkan di pekarangan masjid di Kampung Bukit Kalam dilaporkan hilang.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas seorang lelaki berusia 20-an mendapati motosikal miliknya yang diletakkan di pekarangan masjid hilang dipercayai dicuri.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota membuat pemeriksaa­n di Terminal Feri Kenderaan dan berjaya menemui sebuah motosikal milik mangsa berdasarka­n pengecaman keadaan fizikal dan nombor pendaftara­n asal yang belum diubah,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Katanya lagi, pemeriksaa­n lanjut pada motosikal itu turut menemui beg galas yang mengandung­i beberapa dokumen termasuk salinan tiket motosikal bagi laluan Labuan-Menumbok bersama butiran nama serta kad pengenalan suspek.

“Selain itu, turut ditemui dompet mengandung­i kad pengenalan suspek dan peralatan pemutar skru disyaki digunakan untuk membuka kunci motosikal terbabit.

“Hasil maklumat daripada pekerja feri berkenaan, suspek berjaya dikesan di kawasan bangunan kaunter tiket feri dan ketika tangkapan dibuat, suspek menyedari kehadiran polis dan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitka­n kes dadah.

“Hasil pemeriksaa­n juga mendapati suspek positif dadah. Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK yang cuba membawa motosikal curi ditahan di Terminal Feri Labuan.
SUSPEK yang cuba membawa motosikal curi ditahan di Terminal Feri Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia