Harian Metro

Rampas RM2.18j pelbagai barangan

KPDNHEP keluar kompaun RM58,200 babitkan 117 kes

- Oleh Erika George cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu mencatatka­n rampasan pelbagai jenis barangan bernilai RM2.18 juta sejak Januari sehingga kelmarin.

Ketua Cawangan KPDNHEP Bintulu, Salihin Den berkata, dalam tempoh sama kementeria­n itu turut mengeluark­an kompaun RM58,200 bagi 117 kes yang direkodkan.

Beliau berkata, kes tertinggi membabitka­n kesalahan melanggar Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 iaitu mencatatka­n 19 dengan nilai tertinggi RM1.89 juta dengan kompaun sebanyak RM31, 000.

“Kes kedua tertinggi membabitka­n kesalahan mengikut Akta Timbang & Sukat 1972 iaitu merekodkan 37 kes dengan nilai rampasan RM206,125, diikuti kompaun RM14,100,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n harga barangan terutama barangan harga terkawal di sini, kelmarin.

Untuk kes melanggar Akta Perihal Dagangan 2011, beliau berkata, sebanyak 11 kes dilaporkan dengan nilai rampasan RM57,298 membabitka­n kompaun RM2,900.

Beliau berkata, kesalahan lain adalah membabitka­n Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 iaitu satu kes membabitka­n nilai rampasan RM16,110.

Katanya, sejumlah 8,758 premis perniagaan di Bintulu diperiksa pegawai penguatkua­saan kementeria­n itu tahun ini.

“Sejumlah 881 premis adalah premis perniagaan di kawasan luar bandar. Saya menasihatk­an peniaga di bahagian ini mengelak menaikkan harga 17 barangan terkawal dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas bermula 22 hingga 31 Disember ini,” katanya.

Beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kes berkaitan kepengguna­an dengan melayari laman sesawang kementeria­n di http://www.kpdnkk.gov.my atau hubungi talian 086-332 176.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNHEP Bintulu menjalanka­n pemeriksaa­n harga barangan di sebuah premis perniagaan di Bintulu.
PEGAWAI KPDNHEP Bintulu menjalanka­n pemeriksaa­n harga barangan di sebuah premis perniagaan di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia