Harian Metro

TERUJA TRAK BAWA HADIAH

Kumpulan Sunway penuhi hasrat 15 kanak-kanak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari

- Oleh Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Pengalaman hujung tahun yang menggembir­akan bagi 15 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Cahaya Bestari, Shah Alam, Selangor apabila menerima kunjungan istimewa Kumpulan

Sunway, baru-baru ini.

Mereka yang berusia empat hingga 15 tahun itu adalah sebahagian daripada 1,500 kanak-kanak kurang bernasib baik yang menulis hasrat pada kad dan meletakkan­nya di trak Kumpulan Sunway dengan #SunwayForG­ood pada November lalu dan kini hasrat itu dipenuhi.

Trak berkenaan mengembara di sekitar Lembah Klang dari 25 November hingga 15 Disember lalu bagi mengumpul hasrat serta hadiah daripada orang ramai.

“Bagi projek itu, setiap kanak-kanak diminta memilih sesuatu yang diinginkan merangkumi lima kategori daripada keperluan sekolah, peralatan sukan, barangan rumah hingga mainan.

“Kami mengumpulk­an hasrat itu di dalam trak dan menyampaik­annya kepada orang ramai untuk memenuhi impian mereka.

“Malah kami menerima sambutan yang sangat positif daripada orang ramai dan media yang memberi sokongan penuh ke atas projek itu.

“Kami sangat gembira kerana mencapai sasaran pada hujung minggu ini dengan bantuan orang ramai di Lembah Klang,” kata Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Komunikasi Jenama Kumpulan Sunway di pusat pengedaran Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

Selain hadiah, pasukan sukarelawa­n Sunway menghiburk­an kanak-kanak dengan persembaha­n dan makanan berkhasiat.

“Sunway komited kepada matlamat pembanguna­n mampan dan projek ini berhasrat untuk menghantar mesej masa depan yang bermakna adalah benar-benar membawa dan samasama menaikkan tanpa meninggalk­an mereka,” katanya.

Penjaga Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Nurul

Fathiyah Ahmad Ridwan berkata, kanak-kanak itu gembira sebaik mengetahui trak mengumpul hadiah untuk mereka.

“Ini adalah inisiatif unik yang menyentuh hati mereka. Sungguh mengujakan sebaik melihat mereka membaca mesej daripada orang ramai sekitar Lembah Klang yang turut menghantar nota menarik serta memberikan hadiah seperti diinginkan. Ia menjadikan tahun baru lebih bermakna buat mereka.

“Meraikan Pemberian dengan Sunway menerusi #SunwayforG­ood dan projek trak adalah sebahagian daripada inisiatif mampan Kumpulan Sunway,” katanya.

Sementara itu,

Penasihat Korporat Kumpulan Sunway, Tan

Sri Ramon Navaratnam melepaskan trak berkenaan di ibu pejabat Kumpulan Sunway.

Trak berkenaan turut disokong Sunway Pals, Fujifilm, Parkson dan

AEON membawa lebih daripada 1,500 hasrat kanak-kanak di 30 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang.

Ia termasuk Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Good Samaritan Homes, St Barnabas Home and Community Centre, Rumah KIDS, Pusat

Jagaan Rumah Kebajikan Calvary Land, Yayasan

Sunbeams Home, Rumah Sayangan, Rainbow Home, Persatuan Pure Life, Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, House of Joy, Ti Ratana Welfare Society, Rumah Charis, Desa Amal

Jireh, Rumah Amal Cheshire, Rumah Ilham, Agathians Shelter, Rumah Hope, Shelter Home for Children, Rumah Ozanam Boy’s Home, Praise Emmanuel Home, Compassion Home, Pusat Jagaan Cahaya Kasih, Pusat Jagaan Siddhartan, Rumah Kanak Kanak Trinity, Rumah Kanak Kanak Impian and

Rumah Keluarga Kami.

 ?? FOTO IHSAN KUMPULAN SUNWAY ?? WAJAH-wajah teruja kanak-kanak di pusat jagaan ketika dihulurkan hadiah.
FOTO IHSAN KUMPULAN SUNWAY WAJAH-wajah teruja kanak-kanak di pusat jagaan ketika dihulurkan hadiah.
 ??  ?? KANAK-kanak yang menerima hadiah merakam kenangan bersama sebahagian kakitangan Kumpulan Sunway.
KANAK-kanak yang menerima hadiah merakam kenangan bersama sebahagian kakitangan Kumpulan Sunway.
 ??  ?? RAMON (tengah) dan sebahagian kakitangan Kumpulan Sunway bergambar kenangan berlatarka­n trak #SunwayforG­ood.
RAMON (tengah) dan sebahagian kakitangan Kumpulan Sunway bergambar kenangan berlatarka­n trak #SunwayforG­ood.
 ??  ?? NOTA yang ditulis kanak-kanak di dalam trak mencuri perhatian Ramon (tengah).
NOTA yang ditulis kanak-kanak di dalam trak mencuri perhatian Ramon (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia