Harian Metro

SEMANGAT BINA PERIGI

Sukarelawa­n bertungkus-lumus siap projek air bersih demi manfaat 30 keluarga

- Oleh Asmaruddin Jamaluddin rencana@hmetro.com.my

Seramai 28 sukarelawa­n dari TechnipFMC Sdn

Bhd dan Kay Adventure Creative Studio menabur bakti menerusi kerja menggali perigi tapisan air untuk kegunaan penduduk Kampung Pos Selaor, Grik, Perak baru-baru ini.

Perigi tapisan air berkenaan akan dimanfaatk­an lebih 30 keluarga sebagai sumber alternatif air bersih kerana sumber utama sedia ada iaitu air bukit akan keruh dan berkeladak apabila tiba musim hujan.

Projek sama pernah dijalankan di Pos Bihai Gua Musang, Kelantan sebelum ini. Jumlah sukarelawa­n yang ramai tidak bermakna misi untuk membina perigi tapisan air di kampung berkenaan tidak mudah.

Menurut Penyelaras program Kay Adventure

4x4, Khairul Badri Abdul Basit, sukarelawa­n kali ini berdepan cabaran sukar apabila keadaan tanah terlalu lembut menyebabka­n kerja membina perigi terbabit lebih rumit.

“Berbanding dengan projek lalu di kampung ini, kerja menyiapkan perigi tapisan air dilakukan dalam keadaan yang sukar. Masuk saja laluan ke kampung mengambil perjalanan lebih lama daripada biasa apabila trek berselut dan kenderaan diselaputi lumpur.

“Kemudian beralih pula kepada kerja menyiapkan perigi, disebabkan hujan setiap hari, tanah di kawasan tapak perigi menjadi sangat lembut sehingga menyukarka­n kerja menambak pasir dan batu di dasar perigi.

“Malah kami terpaksa melakukan kerja simen di bahagian tapak sebanyak dua kali kerana tanah mendap dan merosakkan binaan simen yang awal sebelum ia sempat mengeras.

“Biarpun susah namun apabila memikirkan penduduk kampung akan mendapat air bersih sepanjang masa, kami jadi semangat untuk menyiapkan perigi berkenaan,” katanya.

Tambah Khairul Badri, sukarelawa­n terpaksa bekerja dalam serba kekurangan baik dari segi peralatan mahupun sumber tenaga.

“Sukarelawa­n terpaksa berfikir di luar kotak setiap kali ada masalah yang timbul. Mahu tidak mahu, kena siapkan juga secepat mungkin. Hasilnya, lahir banyak kaedah kreatif dalam menyelesai­kan setiap masalah,” katanya.

Bagi memastikan perigi berkenaan siap seperti dijadualka­n, pihaknya terpaksa memulakan kerja awal pagi dengan mengangkut pasir dari sungai ke tapak perigi yang terletak sejauh 200 meter.

Selain itu, agihan kerja yang cekap dengan membahagik­an kepada beberapa kumpulan kecil bagi pembinaan longkang saliran air, membersihk­an kawasan sekitar dan sambungan paip ke dalam perigi membantu melancarka­n misi terbabit.

Ketua Program TechnipFmc Mohd Zaini Kadir berkata, dengan projek terbabit kesedaran mengenai pentingnya usaha menyumbang kepada masyarakat dapat disemai dalam kalangan peserta.

“Sukarelawa­n dapat memahami tanggungja­wab memberi semula kepada mereka yang tidak berkemampu­an. Ia tidak dilihat dalam aspek material mahupun kewangan semata-mata kerana tenaga juga antara sumbangan boleh diberikan.

“Lebih manis, saya lihat dalam program ini ialah silaturahi­m dan kerjasama yang terjalin antara satu sama lain bertambah erat. Masingmasi­ng boleh toleransi dan saling bertolak ansur,” katanya.

Kemuncak program ialah menjamu penduduk. Ia dilakukan sukarelawa­n wanita bersama kru dapur yang ditugaskan menyediaka­n menu untuk 200 orang.

Mengikut perancanga­n asal, penduduk kampung akan diraikan dalam suasana kenduri, namun disebabkan hujan makanan terpaksa diagihkan kepada penduduk untuk dibawa pulang ke rumah masingmasi­ng.

 ??  ?? PASIR dan batu digunakan pada dasar perigi.
PASIR dan batu digunakan pada dasar perigi.
 ??  ?? SUKARELAWA­N terbabit dalam misi membina perigi tapisan air di Pos Selaor Grik.
SUKARELAWA­N terbabit dalam misi membina perigi tapisan air di Pos Selaor Grik.
 ??  ?? PERIGI dibina membantu membekalka­n air bersih untuk penduduk sepanjang masa.
PERIGI dibina membantu membekalka­n air bersih untuk penduduk sepanjang masa.
 ??  ?? SUKARELAWA­N mula menyambung paip air.
SUKARELAWA­N mula menyambung paip air.
 ??  ?? AGIHAN makanan kepada penduduk.
AGIHAN makanan kepada penduduk.
 ?? FOTO KAY ADVENTURE CREATIVE STUDIO ?? PASIR sungai diangkut menggunaka­n pacuan empat roda.
FOTO KAY ADVENTURE CREATIVE STUDIO PASIR sungai diangkut menggunaka­n pacuan empat roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia