Harian Metro

PENTAS ULAT BUKU

Pesta buku antara aktiviti menarik untuk diteroka bantu menyemai minat anak-anak membaca

- Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Membaca adalah jambatan ilmu. Sejak dulu, orang tua selalu mengingatk­an pentingnya amalan membaca sebagai persediaan untuk masa depan lebih berkualiti.

Namun, arus kemodenan hari ini membawa cabaran besar untuk memupuk minat membaca bukan saja dalam kalangan anak-anak bahkan orang dewasa.

Kewujudan pelbagai jenis peranti digital seperti telefon pintar mencantas peranan buku, majalah, akhbar dan bahan bacaan fizikal lain yang dulunya menjadi fokus masyarakat.

Anak kecil dibiarkan leka bermain dengan skrin, manakala orang dewasa lebih banyak bergantung kepada ejen carian di Internet. Hilang peranan buku sebagai rujukan, apatah lagi menjadi bahan bacaan santai.

Begitupun, tidak semua daripada kita tenggelam dalam dunia maya. Jualan buku Big Bad Wolf (BBW) yang berlangsun­g di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Malaysia (MIECC) The Mines, Seri Kembangan sehingga 16 Disember lalu tampak meriah dengan kehadiran ibu bapa bersama anakanak.

Sebagaiman­a diketahui ramai, BBW bukan calangcala­ng pesta. Ia sudah menjadi aktiviti tahunan yang menerima jutaan pengunjung setiap kali berlangsun­g.

Ini sekali gus membuktika­n rakyat Malaysia masih berminat dengan budaya membaca. Mungkin kerana faktor harga dan masa, majoriti kita akan menantikan jualan buku besar-besaran untuk memborong bahan bacaan diminati.

ANAK IKUT TABIAT MEMBACA

Kata ibu kepada empat anak, Caroline Mariampill­ay, 37, dia dan suami percaya minat membaca boleh diturunkan kepada anak-anak dengan mudah sekiranya ibu bapa turut melakukan perkara sama.

“Setiap kali ada pesta buku di kawasan berdekatan, kami akan bawa anak datang. Di

BBW kali ini, anak-anak sudah merancang untuk memborong semua siri komik Ejen Ali yang ada.

“Kemudian, kami juga mencari beberapa buku yang susah dijumpai atau memang tak ada dijual di luar. Selebihnya, kami beli buku ulangkaji sebagai persediaan untuk anakanak tahun depan,” katanya.

Jelas Caroline, dia sentiasa meletakkan syarat untuk anak-anak sebelum mereka dibenarkan membeli buku baru. Antaranya adalah menghabisk­an bacaan sedia ada dan mengeluark­an mana-mana buku yang tidak lagi diingini untuk disumbangk­an kepada orang memerlukan.

“Anak-anak semua ulat buku. Kami juga membelanja­kan ratusan ringgit setiap tahun untuk buku. Jadi, kalau hendak beli yang baru, mereka memang kena kosongkan rak buku supaya ada ruang untuk buku baru.

“Saya anggap ini antara kaedah terbaik untuk beri dorongan kepada anakanak supaya meneruskan minat membaca. Kami tidak pernah menyuruh, apatah lagi memaksa anak untuk membaca.

“Mereka belajar daripada apa yang dilihat. Saya dan suami suka membaca. Jadi, anak-anak sudah terbiasa dengan budaya ini sejak mereka kecil.

“Sebagai ibu, saya hadkan masa menonton televisyen dan bermain dengan gajet,” katanya.

Selain Caroline, gelagat Haryati Arshad, 44, bersama tiga anak turut mencuri tumpuan. Kata wanita ini, pesta buku antara aktiviti menarik untuk diteroka bersama anak-anak, khususnya dalam membantu menyemai minat membaca.

“Biasanya kami bawa anak-anak melancong pada cuti sekolah. Kemudian, kami juga selitkan beberapa aktiviti ringkas supaya mereka tidak bosan menghabisk­an masa di rumah.

“Memandangk­an anak sulung beria-ria hendak membeli buku, jadi kami singgah ke mari untuk melihat pilihan yang ada. Dua anak lelaki kurang minat membaca.

“Saya harap dengan membawa mereka ke sini boleh membantu memupuk minat dan kecenderun­gan terhadap budaya membaca,” katanya.

 ??  ?? GELAGAT sebahagian pengunjung jualan buku BBW bersama anak dan keluarga
masing-masing.
GELAGAT sebahagian pengunjung jualan buku BBW bersama anak dan keluarga masing-masing.
 ??  ?? HARYATI optimis pupuk minat anak untuk membaca.
HARYATI optimis pupuk minat anak untuk membaca.
 ??  ?? CAROLINE sekeluarga berseronok memilih buku.
CAROLINE sekeluarga berseronok memilih buku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia