Harian Metro

BERCUTI PADA MUSIM SEJUK??

BERMAIN salji sememangny­a cukup mengujakan terutama bagi kita yang tinggal di negara beriklim tropika.

-

Oleh itu, setiap kali musim sejuk di negara yang mempunyai empat musim, ramai mengambil peluang untuk bercuti di negara terbabit.

Mengemas beg untuk bercuti di musim sejuk nyata berbeza dengan percutian pada musim lain. Ini kerana banyak perkara yang perlu dititikber­atkan bagi memastikan keselesaan sepanjang bercuti.

Tip melancong minggu ini mengemukak­an panduan mengenai barangan yang perlu dibawa dan jenis bersesuaia­n dengan setiap aktiviti serta keadaan anda sepanjang bercuti.

PAKAIAN: Untuk keselesaan berpanjang­an

Memilih pakaian pada musim sejuk tidak begitu sukar kerana setiap kali musim itu menjelang, pelbagai koleksi terbaru diperkenal­kan khusus untuk kelihatan bergaya.

Namun, ketika bercuti di musim sejuk, antara perkara penting yang perlu dititikber­atkan dalam pemilihan pakaian ialah baju yang boleh memanaskan badan, baju lengan panjang, sweater atau baju diperbuat daripada bulu biri-biri dan baju kalis angin atau air.

Jenis fabrik pula seeloknya daripada jenis kain kapas tebal. Tak kira lengan panjang atau pendek asalkan menggunaka­n baju panas ‘pullover’ dan jaket.

Untuk seluar pula, jenis kain yang tebal pilihan tepat. Menggunaka­n

‘thermal wear’ atau lebih dikenali sebagai longjohn dapat membantu menghangat­kan badan.

KASUT: Keselesaan bermula daripada pemilihan kasut betul.

Pemilihan kasut sesuai ketika bercuti di musim sejuk sangat penting. Ini kerana sepanjang bercuti, kita banyak berjalan dan keselesaan kaki perlu dititikber­atkan.

Kasut sesuai untuk bercuti di musim sejuk perlu kalis cuaca, tapak tidak licin dan sesuai untuk keadaan basah, berwarna gelap supaya kurang nampak kotoran dan tahan lasak.

Ketika memilih kasut, kasut sukan atau but punya kebaikan tersendiri dan sesuai dengan keadaan lokasi dikunjungi.

Jika destinasi yang akan dikunjungi bersalji tebal, but paling sesuai. Tetapi, jika cuacanya saja yang sejuk tanpa salji, kasut sukan sudah memadai.

SARUNG TANGAN: Memudahkan pergerakan dan melakukan aktiviti

Ada dua jenis sarung yang yang sesuai digunakan saat bercuti negara bermusim sejuk. Satu daripadany­a

mitten yang bentuknya seperti sarung tangan bayi.

Mitten juga pelbagai bentuk iaitu ada yang menutupi keseluruha­n jari dan tapak tangan serta ada yang menutupi ibu jari dan empat jari lagi diasingkan. Sarung tangan pula jenis kedua yang boleh digunakan pada cuaca yang sejuk. Sarung tangan ini punya pelbagai pilihan antaranya daripada kulit, polyester, vinil dan juga kain kapas.

Jika anda berada di luar dalam jangka masa lama atau ingin bermain salji, sarung tangan jenis vinil paling sesuai kerana ia mengelak tapak tangan anda basah.

Sarung tangan jenis mitten atau yang diperbuat daripada bulu biri-biri pula sesuai bagi anda berada di luar tetapi tidak melakukan banyak aktiviti terutama memegang peralatan.

Untuk mudah mengendali­kan telefon atau gajet, sarung tangan jenis ‘touch screen’ mungkin pilihan tepat.

TOPI: Rahsia untuk kekal panas

Topi atau ‘snowcap’ turut memainkan peranan penting pada musim sejuk. Ramai tidak menyedari memakai topi ketika bersiar atau berada di luar ketika musim sejuk boleh membantu mengurangk­an rasa sejuk.

Namun, bukan semua topi boleh digunakan. Yang sesuai perlulah melindungi telinga, menutupi sebahagian belakang leher dan diperbuat daripada bahan yang boleh menghangat­kan.

JAKET/KOT: Memberi kepanasan dan pelengkap gaya

Dalam memilih jaket atau kot sesuai dipakai pada musim sejuk, fabrik perkara paling utama. Biasanya, jaket untuk musim sejuk banyak pilihan tetapi sebaiknya pilihlah material luar daripada kain kapas atau bahan kalis air. Bahagian dalamnya pula biarlah daripada fabrik yang boleh memberikan kepanasan.

Saiz yang tepat, mempunyai topi atau ‘hood’ dan mempunyai poket juga adalah ciri jaket yang sesuai untuk digunakan.

Ini kerana dengan saiz yang tepat, ia boleh memampatka­n pakaian dengan badan anda, sekali gus mengurangk­an rongga udara, sekali gus udara sejuk tidak dapat masuk dan membuatkan anda sejuk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia