Harian Metro

2 MINTA RM30J MAUT

Dua lelaki culik ahli perniagaan tumpas ditembak polis

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Impikan wang tebusan RM30.5 juta, sebaliknya nyawa melayang.

Itu padah menimpa dua penjenayah yang mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan membabitka­n kes culik ahli perniagaan di Ladang Sawit Lot 193, Jalan Meta, Sekakap, Mersing, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, suspek ditumpaska­n anggota Bahagian D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) melalui operasi Op Kesan dan Op Tutup, jam 2 pagi semalam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis memburu dua penjenayah terbabit selepas menerima maklumat berhubung kes penculikan ahli perniagaan berusia 41 tahun jam 8.45 pagi, 17 Disember lalu.

“Mangsa diculik empat lelaki bertopeng dan bersenjata­kan dua pistol ketika keluar dari rumahnya di Taman Gaya, Ulu Tiram.

“Berikutan itu keluarga mangsa membuat laporan selepas suspek meminta wang tebusan SG$10 juta (RM30.5 juta) daripada mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Katanya, bertindak atas laporan, polis menubuhkan pasukan siasatan khas dibantu anggota Pasukan Siasatan Khas Bukit Aman termasuk Bahagian Operasi Khas (D8) dan Pasukan Siasatan Teknikal.

“Pada hari keenam (kelmarin) pihak keluarga mangsa bersetuju membayar tebusan seperti diminta penjenayah pada jam 8.30 malam. Susulan itu, pasukan khas mengesan kedudukan mangsa ditahan di dalam kereta di ladang di Mersing.

“Ketika pasukan kami menghampir­i kereta itu, mereka dihujani beberapa das tembakan mengakibat­kan seorang pegawai serbuan cedera.

“Pasukan serbuan membalas tembakan dan suspek sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri ke ladang sawit berhampira­n,” katanya.

Menurutnya, pegawai polis itu cedera akibat terkena tiga das tembakan.

“Namun hanya dua tembakan menembusi kaki kiri dan paha kanan manakala satu lagi terkena kepala tali pinggang.

Menurutnya, polis mengadakan Op Kesan dan Op Tutup di Mersing serta daerah sempadan dengan bantuan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam.

Katanya, pada jam 2 pagi semalam, anggota polis bertembung semula dengan dua penculik di ladang kelapa sawit berkenaan.

“Kedua-dua penculik melepaskan tembakan ke arah pasukan serbuan. Berlaku insiden berbalas tembakan sebelum kedua-dua penjenayah tumpas,” katanya.

Katanya, dua pistol semi auto 9 milimeter (mm) 45 mm jenis kaliber ditemui pada mayat dua penjenayah itu.

Katanya, siasatan mendapati suspek bertopeng terbabit berusia 39 dan 52 tahun.

“Pegawai polis yang cedera ditembak itu dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital swasta di daerah ini.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (FIPA) 1971.

“Polis mengesan rakan sepenjenay­ah yang terbabit dalam penculikan itu dan disyaki masih bebas,” katanya.

Semakan mendapati dua suspek yang terbunuh itu ada rekod kesalahan lampau termasuk samun dan senjata api.

“Kumpulan penjenayah itu didapati terbabit dalam kes culik awal tahun lalu. Polis mengesan saki-baki ahli kumpulan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SHAFIE (dua dari kanan) menunjukka­n pistol, topeng dan peralatan digunakan dua penjenayah.
SHAFIE (dua dari kanan) menunjukka­n pistol, topeng dan peralatan digunakan dua penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia