Harian Metro

KASTAM SITA AIR ZAM-ZAM

JKDM rampas 112,560 liter di Pelabuhan Barat

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah (Selangor) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 112,560 liter air zam-zam yang dianggarka­n bernilai RM2.53 juta menerusi dua pemeriksaa­n berasingan di Pelabuhan Barat di sini.

Pemeriksaa­n yang dijalankan ke atas lima kontena itu dilakukan pada 7 Oktober serta 16 Disember lalu dan rampasan turut membabitka­n nilai duti dan cukai sebanyak RM659,007.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pada 7 Oktober lalu, JKDM menahan dua kontena berukuran 12.1 meter di Pelabuhan Barat yang diikrarkan membawa makanan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kontena itu membawa 38,850 liter air zam-zam bernilai RM874,125 dengan jumlah duti dan cukai sebanyak RM227,272.50.

“Untuk kes kedua, tiga kontena berukuran 12.1 meter yang diikrar mengandung­i dagangan barangan keperluan peribadi ditahan di Pelabuhan Barat pada 16 Disember lalu.

“Kita mendapati ketiga-tiga kontena itu membawa 73,710 liter air zam-zam bernilai RM1.65 juta dengan jumlah duti dan cukai sebanyak RM431,734.50,” katanya pada sidang media di Wisma JKDM, Pulau Indah, di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat tiga syarikat pengimport­an dagangan disiasat, bagaimanap­un pihaknya percaya ketiga-tiga syarikat itu menpunyai kaitan berdasarka­n modus operandi yang sama.

Katanya, ketiga-tiga syarikat berkenaan masing-masing membuat pengikrara­n palsu kerana air zam-zam adalah barang dagangan terlarang.

“Kita di Ibu Pejabat JKDM juga difahamkan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak membenarka­n air zam-zam dieksport secara komersial dan hanya untuk kegunaan persendiri­an bagi jemaah umrah dan haji.

“Justeru, kita meminta agar orang ramai berhati-hati ketika membeli air zam-zam yang dijual di pasaran kerana kesahihann­ya diragui,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, JKDM Selangor turut berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih pada 17 dan 19 Disember lalu. Katanya, pihaknya merampas sejumlah 27,209.280 liter minuman keras bernilai

RM136,046.40 dengan duti dan cukai sebanyak RM425,145 pada 17 Disember lalu.

“Pemeriksaa­n yang dilakukan ke atas sebuah kontena pada 19 Disember lalu mendapati ia membawa dagangan terlarang iaitu sembilan juta batang rokok yang bernilai RM720,000 dengan jumlah duti dan cukai sebanyak RM4.15 juta.

“Kesemua rampasan membabitka­n penyeludup­an air zam zam, minuman keras serta rokok putih dianggarka­n bernilai RM3.49 juta dengan duti dan cukai sebanyak RM5.56 juta,” katanya.

Arab Saudi tidak membenarka­n air zam-zam dieksport

secara komersial

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Latif (tengah) menunjukka­n air zam-zam yang diseludup masuk pada sidang media di Wisma
JKDM Pulau Indah.
ABDUL Latif (tengah) menunjukka­n air zam-zam yang diseludup masuk pada sidang media di Wisma JKDM Pulau Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia