Harian Metro

SAMPAI HATI TINGGAL YAYA

Kanak-kanak ditinggal ibu bapa di kedai makan diserah polis kepada JKM

- lapor Nur Lela Zulkifli

Air mata anak kecil, Yaya, 4, berderai ketika diserahkan anggota

Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk jagaan sementara, semalam. Bagi Yaya yang dipercayai ditinggalk­an ibu bapanya, Ahad lalu, kemesraan ditunjukka­n anggota polis membuatkan dia rasa dilindungi tetapi hakikatnya masa depannya kini kelam berikutan tiada waris yang tampil menuntutny­a,

Air mata kanak-kanak yang dipercayai ditinggalk­an ibu bapanya, Yaya, 4, mengalir ketika diserahkan anggota polis kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan sementara, semalam.

Dia ditemui berkeliara­n seorang diri di gerai makan medan selera di Menara U2, Seksyen 13 di sini, petang Ahad lalu sambil mencari kedua-dua ibu bapanya namun semuanya hanya sia-sia apabila hakikatnya dia ditinggalk­an di kawasan itu sehelai sepinggang tanpa belas kasihan.

Sebaik diserahkan kepada polis pada malam itu, kanak-kanak terbabit yang gagal memberikan nama sebenarnya selain hanya memanggil dirinya Yaya sempat merasai kasih sayang anggota Balai Polis Seksyen 9, yang turut bersimpati dengan nasibnya.

Ketua Balai Polis Seksyen 9 Asisten Superinten­dan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sebaik Yaya dihantar ke balai polis, anggota wanita di balai berkenaan melayannya seperti anak sendiri agar dapat mengurangk­an rasa sedih kanak-kanak itu.

“Sebaik kami terima kes Yaya, ramai anggota wanita yang kasihan terhadapny­a dan terus melayannya seperti anak sendiri.

“Ada yang sanggup belikan baju baru, mandikan, beri makan dan tidurkan Yaya.

“Kami semua terkesan apabila melihat keadaan Yaya yang tidak mengerti apa-apa namun terpaksa berdepan nasib malang ditinggalk­an tanpa kasihan,” katanya.

Malah, situasi menjadi lebih sukar apabila tiada waris yang tampil untuk menuntut Yaya sehingga hari ini dan kanak-kanak itu terpaksa diserahkan kepada JKM, semalam.

Menurut Zaiful Nizam, riak wajah Yaya menunjukka­n kesedihan seolah mengetahui dia akan diserahkan kepada JKM dan tidak boleh lagi bermanja dengan anggota wanita yang melayannya dengan baik.

“Semasa berbincang dengan anggota mengenai proses menghantar Yaya ke pejabat JKM, dia sudah mula menangis seolah mengerti kami terpaksa meninggalk­annya.

“Kami di Balai Polis Seksyen 9 juga bersedih kerana Yaya adalah budak yang mendengar dan periang. Dia tahu ibu bapa meninggalk­annya, namun dia langsung tidak meragam,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu menangis saat diserahkan kepada pegawai JKM dan detik itu turut meruntun hati pegawai wanita yang turut bersama ketika proses berkenaan.

“Yaya ada maklumkan kepada anggota wanita bahawa dia mahu terus dijaga mereka kerana dia rasa disayangi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI JKM mendukung Yaya yang menangis ketika diambil daripada polis.
PEGAWAI JKM mendukung Yaya yang menangis ketika diambil daripada polis.
 ??  ?? YAYA gembira bersama anggota polis di Balai Polis Seksyen 9.
YAYA gembira bersama anggota polis di Balai Polis Seksyen 9.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia