AKAN JAGA NAMA BOCEY

Fad mahu kenangan bersama Abam kekal

Harian Metro - - Muka Depan - Oleh Sudirman Mohd Tahir [email protected]

Anggota kumpulan Bocey, Fad berjanji akan terus menjaga, menghidup dan mengekalka­n nama Bocey biarpun selepas ketiadaan Abam yang meninggal dunia, Isnin lalu.

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata, kumpulan itu adalah kenangan bersama Abam sekali gus menempatka­n nama mereka dalam industri hiburan hingga sekarang.

“Saya berjanji akan terus menjaga nama Bocey. Walaupun saya dan Achey ada kerjaya solo, nama Bocey takkan hilang. Ini kenangan kami bersama.

“Walaupun dia sudah tiada, nama ini akan tetap dibawa sampai bila-bila. Cuma, kami belum bersedia untuk beraksi di pentas tanpa arwah.

“Kami tak tahu nak gambarkan perasaan itu, tapi kami perlu teruskan juga supaya Bocey dan nama arwah terus hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya kemungkina­n mereka mencari pengganti Abam, Fad tidak menolak perkara itu.

Fad berkata, dia terfikir Datuk Afdlin Shauki adalah individu paling sesuai menggantik­an tempat Abam.

Afdlin adalah sifu Fad dan Abam ketika tampil sebagai kumpulan Bocik dalam program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.

“Kalau ditanya kepada saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan arwah dulu. Tapi, perancanga­n itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas,” katanya.

DARI kiri, Abam, Fad dan Achey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.