MEMORI TANAH BERTANDA

Harian Metro - - Muka Depan - Oleh Siti Rohana Idris [email protected]

Minggu lalu dia membawa ayah dan ibunya ke pejabat pos bagi menyemak baki wang simpanan untuk membina rumah di atas tapak tanah yang sudah ditanda berhampira­n rumah ibunya di Kampung Jambu, Kota Bharu. Malah, Mohamad Faiz Bukhari juga bersungguh-sungguh memberitah­u lapan adik beradik lain supaya tidak mengambil tapak berkenaan. Namun, niat itu tidak kesampaian apabila dia maut bersama isteri, anak dan adik ipar dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar kelmarin, lapor Siti Rohana Idris dan Balqis Jazimah Zahari

“Minggu lalu, Mohamad Faiz bawa saya dan suami semak wang simpananny­a di pejabat pos. Dia maklumkan akan menggunaka­nnya untuk membina rumah di sini namun hasrat itu tidak kesampaian.”

Demikian luah Che Senah Che Awang, 62, ibu kepada mangsa kemalangan maut, Mohamad Faiz Bukhari, 28, di Sungai Siput, Perak malam kelmarin.

Che Senah berkata, Mohamad Faiz yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah

(IPD) Sungai Siput dan berpangkat lans koperal menyuaraka­n hasrat itu ketika pulang bercuti ke kampung halamannya di Kampung Jambu di sini minggu lalu.

Malah, Mohamad Faiz sudah pun menanda tapak tanah yang diinginkan­nya.

“Dalam perjalanan ke pejabat pos, dia memberitah­u saya dan suami akan hasratnya itu dan apabila saya bertanya bila dia mahu membina rumah, dia jawab tidak pasti lagi kerana simpanan belum mencukupi.

“Dia beriya-iya menanda tapak tanah di depan rumah saya sambil berseloroh mengingatk­an lapan adik beradiknya yang lain supaya tidak mengambil tapak (tanah) itu,” katanya ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Che Senah, suaminya, Bukhari Rejab,

65, menerima panggilan daripada rakan yang memaklumka­n anak mereka, menantu serta cucu terbabit kemalangan jam 12.15 malam semalam.

“Sebaik suami beritahu Mohamad Faiz sudah tiada, saya hilang pertimbang­an dan meraung sebelum ditenangka­n keluarga.

“Selepas dimaklumka­n menantu dan seorang cucu turut meninggal dunia, perasaan saya bertambah tidak keruan, malah saya mahu segera ke hospital di Perak namun dihalang keluarga yang meminta saya menunggu jenazah di rumah,” katanya.

Menurut Che Senah, Mohamad Faiz yang juga anak keenam daripada sembilan beradik itu pendiam, suka bersedekah dan disenangi rakan, malah menjalanka­n tanggungja­wab sebagai anak dengan baik.

Katanya, Mohamad Faiz juga memintanya menyediaka­n beberapa jenis masakan ketika pulang bercuti baru-baru ini dan terkilan tidak dapat memasak ayam percik seperti yang dimahukan.

“Memandangk­an masa terhad, saya hanya sempat masak gulai kerangka ayam saja selain ikan yang diperap garam kunyit yang dibawa pulang untuk bekalan ke Sungai Siput,” katanya.

Turut terkorban isteri Mohamad Faiz, Nik Idayu Nik Hassan, 30, anak bongsu mereka, Mohammad Faqih Irshad, 2, dan adik ipar Nik Ifieka, 28. Anak sulung pasangan itu, Mohammad

Fariz Iskandar, 3, parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

CHE Senah (kanan) tidak dapat menahan sebak ditenangka­n ahli keluarga. TRELER yang terbabit dalam nahas, kelmarin. JENAZAH Mohamad Faiz, isteri dan anak mereka dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu Panji, semalam. KERETA milik Mohamad Faiz remuk teruk.

BUKHARI menunjukka­n gambar Mohamad Faiz sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.