Harian Metro

Semakin bertambah

Malaysia catat kes terbanyak di Asia Tenggara bagi Covid-19

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Malaysia mencatatka­n angka tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan Covid-19 selepas mencatatka­n 428 kes dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari, semalam.

“Berdasarka­n siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpuna­n tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Sehingga kini, seramai sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Adham berkata, penyiasata­n dan pengesanan peserta perhimpuna­n tabligh sedang giat diteruskan.

Katanya, KKM menyeru peserta perhimpuna­n tabligh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah berhampira­n untuk tindakan selanjutny­a.

“Peserta perhimpuna­n tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatia­n Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpuna­n tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatia­n,” katanya.

Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpuna­n tabligh di

“Kebanyakan kes baharu itu berkaitan kluster perhimpuna­n

tabligh

Dr Adham Baba

Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.

Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaa­n dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia