Harian Metro

Kerajaan bakal ambil langkah drastik

-

Johor Bahru: Kerajaan mengadakan mesyuarat khas hari ini berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini yang semakin membimbang­kan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mesyuarat berkenaan akan dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pertahanan.

Katanya, mesyuarat bagi membincang­kan langkah seterusnya dalam tangani Covid-19 selepas jumlah kes positif jangkitan itu merekodkan 428 kes sehingga tengah hari semalam.

“Kebanyakan kes baharu yang dikenal pasti adalah berkaitan kluster perhimpuna­n tabligh di Masjid Seri Petaling yang diadakan dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin

(CIQ), Bangunan

Sultan Iskandar (BSI) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananth­an dan Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu.

Sementara itu, Dr Adham berkata, kerajaan akan mengambil langkah drastik dengan menggunaka­n Perintah Pengawasan dan Pemerhatia­n Seksyen 15 (1), Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988 dalam mengesan peserta perhimpuna­n tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Jika peserta perhimpuna­n tabligh berkenaan terus enggan tampil membuat pemeriksaa­n, Kementeria­n Kesihatan akan menggunaka­n akta itu bagi memaksa dan memburu peserta berkenaan.

“Jadi saya menyeru supaya peserta berkenaan selain kontak rapat mereka supaya tampil dengan sukarela bagi mengekang wabak Covid-19 terus menular, ” katanya.

Mesyuarat bagi membincang­kan langkah seterusnya dalam tangani Covid-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia