Harian Metro

Langkah bagus

Umum sambut baik had waktu lawatan hospital

- Oleh Rosyahaida Abdullah am@hmetro.com.my

“Tiada masalah mengehadka­n waktu melawat, saya harap kawalan membabitka­n langkah pencegahan lain seperti penyediaan hand sanitizer dan pemeriksaa­n suhu di pintu masuk wad dilaksanak­an,” kata Rohaizad Hamzah, 59.

Rohaizad antara pengunjung yang ditemui di pekarangan hospital di Kuala Lumpur yang menyambut baik langkah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memendekka­n waktu melawat di semua hospital seluruh negara disebabkan Covid-19.

Menurutnya, dia khuatir apabila tiada langkah pencegahan dilakukan seperti dilaksanak­an di tempat lain.

“Saya reda jika tidak dapat bertemu isteri dengan lebih kerap disebabkan peraturan ini namun ia perlu disokong dengan langkah pencegahan. Isteri saya pernah berada di wad kecemasan apabila lokasinya tidak jauh dengan pesakit yang melakukan saringan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Razeani, 23, berkata, seperti mana premis lain khususnya pejabat melaksanak­an pemeriksaa­n suhu dan menyediaka­n hand sanitizer di pintu masuk, begitu juga sepatutnya semua hospital.

“Langkah mengawal tempoh lawatan di wad sangat baik bagi mengekang kemungkina­n penularan Covid-19.

“Bagaimanap­un saya harap ada kawalan lebih agresif di wad kritikal yang memerlukan rawatan dan penjagaan rapi,” katanya.

Menurut Raseani, dia difahamkan pihak hospital hanya membenarka­n pelawat masuk mengunjung pesakit sekali sehari iaitu jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Manakala, katanya, lawatan pada Sabtu, Ahad dan cuti umum hanya boleh dilakukan jam 5 hingga 7 petang.

“Pada hari biasa waktu (sebelah petang), pelawat diminta menunggu di luar pintu wad sekiranya doktor perlu panggil waris.

“Begitu juga pada cuti umum atau hujung minggu seperti hari ini (Ahad), tidak boleh jumpa pesakit pun waktu tengah hari, hanya boleh tunggu di luar wad,” katanya.

 ??  ?? KKM mengehadka­n jumlah pelawat serta memendekka­n waktu melawat bagi mengurangk­an risiko penularan wabak Covid-19.
ROHAIZAD
KKM mengehadka­n jumlah pelawat serta memendekka­n waktu melawat bagi mengurangk­an risiko penularan wabak Covid-19. ROHAIZAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia