Harian Metro

Ibu kota lengang, suram

Tempat tumpuan pengunjung kurang sambutan akibat penularan Covid-19

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@ hmetro.com.my

Cuti penggal pertama persekolah­an sudah bermula kelmarin namun suasana di beberapa tempat riadah dan pusat beli-belah di ibu kota suram dipercayai susulan penularan Covid-19.

Tinjauan Harian Metro di KLCC mendapati pusat beli-belah yang menjadi tumpuan dan popular dalam kalangan rakyat tempatan serta pelancong asing itu lengang berbanding penuh sesak ketika cuti persekolah­an sebelum ini.

Malah, pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah itu dilihat mengambil langkah pencegahan dengan memakai penutup mulut dan hidung.

Pengunjung, Zakaria Abd Hamid, 49, mengakui suasana amat berbeza apabila tidak ramai yang datang ke pusat beli-belah itu.

Perawat perubatan Islam dari Pulau Pinang itu berkata, dia membawa tujuh ahli keluargany­a bercuti ke ibu kota sempena cuti sekolah.

“Kebetulan saya ada merawat pesakit di Kuala Lumpur, jadi saya bawa mereka bercuti ke KLCC. Tidak sangka pula orang tak ramai.

“Mungkin ramai ambil langkah pencegahan untuk tidak berkunjung di tempat awam bagi mengelak dijangkiti Covid-19.

“Saya juga ambil langkah waspada dengan memakai penutup mulut dan hidung kerana kita tidak tahu siapa pembawa (Covid-19),” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagi Zulafiq Anuar Azmi, 28, dia ke pusat beli-belah itu kerana mahu berjumpa rakannya dan mendapati pengunjung berkuranga­n berbanding penuh sesak tanpa mengira waktu sebelum ini.

Berbeza pula bagi Nabila Hassan, 29, yang mendakwa beberapa lokasi tumpuan termasuk pengangkut­an awam dipenuhi orang ramai seperti biasa.

“Saya lihat di stesen LRT (transit aliran ringan) tetap ramai, malah pusat beli-belah juga dikunjungi orang.

“Aktiviti harian berjalan seperti biasa dan tidak terjejas. Bagaimanap­un, kita dinasihatk­an menggunaka­n penutup mulut dan hidung serta memakai pembasmi kuman untuk mengelak dijangkiti Covid-19,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH, EIZAIRI SHAMSUDIN DAN AIZUDDIN SAAD ?? LAPANGAN Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan lengang berikutan Covid-19 yang melanda seluruh negara ketika ini.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH, EIZAIRI SHAMSUDIN DAN AIZUDDIN SAAD LAPANGAN Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan lengang berikutan Covid-19 yang melanda seluruh negara ketika ini.
 ??  ?? TIDAK ramai pengunjung dilihat di Tugu Negara.
TIDAK ramai pengunjung dilihat di Tugu Negara.
 ??  ?? PUSAT beli-belah Pavilion alami kekurangan pengunjung.
PUSAT beli-belah Pavilion alami kekurangan pengunjung.
 ??  ?? TEMPAT tumpuan seperti Batu Caves kelihatan lengang pada hujung minggu.
TEMPAT tumpuan seperti Batu Caves kelihatan lengang pada hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia