Harian Metro

Pil bunuh janin COD

Sindiket berselindu­ng di sebalik salun, kedai pakaian jual ubat terlarang

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mahaizura Abd Malik anbia@hmetro.com.my

Licik berselindu­ng di sebalik salun rambut dan kedai pakaian. Itu modus operandi dilakukan beberapa individu yang dikesan aktif menjual pil gugur janin sekitar ibu kota.

Suspek dikesan menyediaka­n khidmat penghantar­an segera kepada pelanggan yang mahukan produk tidak berdaftar Misoprosto­l untuk tujuan penggugura­n janin segera.

Malah dalam risikan dilakukan, sindiket menggunaka­n beg sekolah kanan-kanak untuk menyembuny­ikan pil itu, sekali gus mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP), Dr Param Jeeth Singh berkata, kegiatan penjualan pil gugur janin itu dibongkar susulan operasi khas dilakukan 20 pegawai farmasi dari Cawangan Penguatkua­saan Farmasi, Bahagian Perkhidmat­an Farmasi JKWPKLP yang melakukan risikan terhadap kegiatan itu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan terhadap dua penjual yang menjalanka­n penjualan pil Misoprosto­l secara dalam talian di media sosial.

“Seorang suspek ditahan menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an kepada pembeli secara cash on delivery (COD).

“Selain itu, serbuan juga dijalankan terhadap dua premis di pusat beli-belah terkemuka menjalanka­n perniagaan menjual beg dan pakaian serta salun rambut.

“Siasatan mendapati penjualan pil Misoprosto­l dilakukan secara tertutup kepada warganegar­a asing,” katanya.

Menurutnya, serbuan dilakukan terhadap kediaman pemilik perniagaan itu yang dijadikan tempat simpanan produk mengandung­i racun Misoprosto­l.

“Keseluruha­n produk mengandung­i Misoprosto­l dipasan rampas membabitka­n 1,430 biji yang dijual dengan pada harga RM 175 sebiji.

“Turut dirampas dalam operasi itu produk tidak berdaftar lain seperti ubat antibiotik, antifungal, ubat tahan sakit dan makanan kesihatan. Jumlah semua ramnawarka­n dianggarka­n bernilai RM 253,520,” katanya.

Menurutnya, Misoprosto­l yang pernah berdaftar dengan KKM sebelum ini digunakan merawat ulser perut atau gastrik adalah ubat terkawal mengikut Akta Racun 1952 dan penggunaan­nya memerlukan pemantauan daripada pengamal perubatan berdaftar.

“Namun pemegang pendaftara­n produk itu dibatalkan pendaftara­nnya pada November 2016 kerana Misoprosto­l sering disalah guna untuk tujuan penggugura­n janin.

“Antara kesan sampingan Misoprosto­l seperti kekejangan, cirit birit, loya, muntah, sakit perut, ruam, pening kepala, pendarahan tidak normal dan peningkata­n pengecutan otot rahim.

Selain itu, wanita mengandung tidak dibenarkan mengambil ubat ini tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar kerana ia boleh menyebabka­n keguguran, bayi cacat jika kandungan gagal digugurkan, jangkitan kuman serta boleh membawa maut jika tidak dirawat.

 ??  ?? SINDIKET menggunaka­n beg sekolah untuk mengaburi pihak berkuasa.
SINDIKET menggunaka­n beg sekolah untuk mengaburi pihak berkuasa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia