Harian Metro

Serpihan kenangan paling perit

Kaki kanan mangsa tembakan pengganas masih lemah

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

“Tidak mungkin saya mampu lupakan peristiwa berdarah itu kerana serpihan peluru masih tertanam dalam tubuh sehingga kini,” luah Rahimi Ahmad, 40.

Bapa dua anak itu antara tiga rakyat Malaysia yang cedera ditembak pengganas dalam serangan di Masjid An-Noor di Christchur­ch, New Zealand, 15 Mac tahun lalu.

Selepas setahun lelaki berasal dari Pulau Pinang itu belum pulih sepenuhnya dan menggunaka­n alat sokongan untuk bergerak kerana kaki kanannya lemah serta diberikan cuti sakit sehingga kini.

“Saya bersyukur masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun menggunaka­n alat bantuan untuk bergerak kerana saraf terjejas akibat tembakan dilepaskan suspek terkena pinggang.

“Mujur isteri sentiasa menemani ketika saat sukar ini menjadikan saya lebih kuat meneruskan kehidupan walaupun pernah melalui detik antara hidup dan mati,” katanya yang enam tahun menetap di Christchur­ch.

Rahimi bersama keluarga berhijrah ke New Zealand selepas isterinya Dr Nor Azila Abd Wahid, 40, melanjutka­n pengajian peringkat doktor falsafah.

Katanya, dia masih menjalani rawatan fisioterap­i dan saraf di hospital dengan bantuan penuh kerajaan New Zealand.

“Beberapa bulan lagi saya menjalani pembedahan membetulka­n saraf supaya pergerakan saya lebih baik berikutan serpihan peluru mencederak­an saraf utama.

“Doktor memaklumka­n saya perlu lima hingga enam tahun pemantauan bagi memastikan serpihan peluru tidak menjejaska­n otot dan tisu lain,” katanya.

Katanya, beliau berharap kaki serta sarafnya pulih segera supaya kehidupan dan pekerjaann­ya dapat dilakukan seperti biasa selain memberi peluang kepada isteri mencari pekerjaan.

Untuk rekod, serangan di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood pada 15 Mac tahun lalu mengorbank­an 51 nyawa manakala lebih 40 cedera.

 ??  ?? RAHIMI bersama keluargany­a masih menetap di New Zealand.
RAHIMI menjalani sesi terapi untuk menguatkan saraf.
RAHIMI bersama keluargany­a masih menetap di New Zealand. RAHIMI menjalani sesi terapi untuk menguatkan saraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia