Harian Metro

Trauma belum berakhir

-

Kuala Lumpur: Semalam, setahun lalu, wanita ini dikejutkan dengan perkhabara­n duka apabila suami tercinta antara mangsa tembakan rambang di Masjid An-Noor, Christchur­ch, New Zealand.

Namun, selepas 12 bulan, Profesor Madya Dr Zurinawati Mohi, 49, mengucap kesyukuran selepas melihat suaminya Mohd Nazril Hisham Omar, 47, kini pulih daripada kecederaan walaupun masih perlu menjalani proses pemulihan saraf.

Menceritak­an perkembang­an terbaru, Zurinawati berkata, suaminya masih menetap di Christchur­ch bersama tiga anak lelakinya kerana mereka melanjutka­n pengajian di negara berkenaan.

“Suami pulih namun trauma dengan kejadian dan belum dapat melupakan sepenuhnya. Adakala dia curiga dengan persekitar­an kerana terbayang kejadian silam.

“Bagaimanap­un, dari hari ke hari dia menunjukka­n perkembang­an positif dan kini kembali bekerja di gudang pembekal barangan keperluan harian di Christchur­ch dengan hanya empat jam sehari manakala waktu bekerja selebihnya diberikan pelepasan oleh majikan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Mohd Nazril perlu menjadi rawatan saraf kerana kesan daripada tembakan di pinggang dan ibu jari kaki itu merencatka­n ‘isyarat’ saraf ke otak.

Namun, kata Zurina, rawatan disediakan kerajaan New Zealand terhadap mangsa kes berkenaan berterusan sehingga mereka disahkan pulih sepenuhnya dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya juga ambil cuti separuh gaji dan tanpa gaji untuk menetap sementara di Christchur­ch sehingga suami pulih selain membantu menguruska­n anak.

“Saya pulang ke tanah air untuk meneruskan kerjaya pada Januari lalu, namun setiap hari kami berhubung untuk memantau keadaan,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Katanya, beliau dan ahli keluarga bersyukur tragedi itu tidak meragut nyawa suami.

Kejadian tembakan 15 Mac tahun lalu di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood itu mengorbank­an 51 nyawa manakala lebih 40 cedera.

Mohd Nazril antara tiga rakyat Malaysia tercedera ditembak dalam kejadian.

Selain Mohd Nazril, dua lagi rakyat Malaysia mangsa serangan itu iaitu Rahimi Ahmad, 40, dan Mohd Tarmizi Shuib, 43.

Anak kedua Mohd Tarmizi,

Allahyarha­m Mohd Haziq, 17, terkorban dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, lelaki yang dituduh menembak mati 51 jemaah di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand,

Mac tahun lalu, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Christchur­ch pada 14 Jun 2019 atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan keganasan.

 ??  ?? DR Zurinawati Mohi bersama suami, Mohd Nazril dan empat anak mereka
DR Zurinawati Mohi bersama suami, Mohd Nazril dan empat anak mereka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia