Harian Metro

MYEG perkenal kit ujian pantas Covid-19

-

‘ Melalui kit ini, virus boleh dikesan melalui sampel darah yang boleh diambil di hujung jari” Jurucakap MYEG

Kuala Lumpur: My EG Services Berhad (MYEG) memperkena­lkan kit ujian pantas bagi mengesan Covid-19 di Malaysia dan Filipina.

Kit berkenaan dijangka membantu memendekka­n tempoh mendapat keputusan kepada 30 minit tanpa perlu menghantar sampel ke makmal.

Malah, ia tidak memerlukan pengambil sampel pada tekak atau hidung.

MYEG dalam kenyataan berkata, kit itu dibangunka­n syarikat China dan sudah mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan China serta digunakan secara meluas di sana.

“Melalui kit ini, virus boleh dikesan melalui sampel darah yang boleh diambil di hujung jari.

“Sampel itu kemudianny­a diletakkan pada jalur ujian untuk mengesan kehadiran antibodi IgM dan IgG, yang biasanya dihasilkan antara tiga hingga tujuh hari selepas jangkitan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kit ini sesuai untuk saringan kes disyaki dan kumpulan berisiko tinggi, terutama dalam kalangan pelancong atau mereka yang baru pulang dari negara berisiko.

Dalam pada itu, menurutnya MYEG bekerjasam­a dengan syarikat kesihatan untuk menawarkan ujian saringan di lokasi di bawah kendalian kakitangan profesiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia