Harian Metro

MRCA anjur MIRF buat kali kelima

-

Kuala Lumpur: Meneruskan usaha memperkasa industri runcit dan francais tempatan ke peringkat dunia, Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) akan menganjurk­an Pameran Antarabang­sa Runcit dan Francais Malaysia (MIRF) buat kali kelima berturut-turut pada 16 hingga 18 Julai ini.

Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pameran itu akan menyaksika­n 568 gerai pameran tersedia dari Dewan 1 hingga Dewan 4 membabitka­n pelbagai jenama tempatan dan antarabang­sa.

Membawa tema sama seperti tahun lalu iaitu Francais Maju, pameran itu juga tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai Pameran Runcit dan Francais Terbesar di Malaysia.

Pengerusi Penganjur, Raymond Woo berkata, buat kesekian kalinya pihak MRCA berhasrat memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat menerusi penganjura­n pameran terbabit dengan pertambaha­n lebih 100 gerai pameran berbanding tahun lalu.

Jelas beliau, berasaskan situasi semasa pasaran runcit yang dilihat semakin menarik menerusi kemunculan pelbagai jenama baharu, ia secara tidak langsung memperliha­tkan petanda cukup baik untuk mengekspor­t jenama francais Malaysia ke luar negara.

“Setakat ini, kami menerima respons positif daripada pelbagai pihak yang berhasrat menyertai MIRF 2020 antaranya syarikat yang terbabit dengan produk teh boba malah, ketika sidang akhbar pengumuman pameran ini berlangsun­g, sekurang-kurangnya 30 pempamer sudah mendaftar awal untuk menikmati sesi Padanan Perniagaan.

“Melalui sesi ini, pempamer akan diperkenal­kan kepada pihak lain yang berpotensi serta minat terhadap idea mereka dengan tujuan berkongsi pendapat positif. Ini adalah sebahagian inisiatif baharu MIRF 2020 yang ditambah baik untuk membantu pempamer masa ini,” katanya.

 ??  ?? WOO (kiri), Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua (dua dari kanan) serta Penasihat MIRF, Datuk Liew Bin bersama wakil TM One.
WOO (kiri), Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua (dua dari kanan) serta Penasihat MIRF, Datuk Liew Bin bersama wakil TM One.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia