Harian Metro

Sasar kuasai 5% pasaran pelincir

Glide Techonolog­y rancak perkenal produk baharu

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Glide Techonolog­y Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar utama minyak enjin kenderaan jenama Glide Lubricants menyasarka­n untuk mencapai lima peratus penguasaan pasaran minyak pelincir tempatan dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Muhazli Muhamad berkata, buat masa ini, syarikat menguasai kira-kira satu peratus daripada pasaran dan pengenalan beberapa produk baharu dijangka meningkatk­an jumlah pegangan berkenaan.

“Kami mula menumpukan pasaran produk komersial pada 2018 dan hasilnya, kami merekodkan peningkata­n jualan sehingga 40 peratus bagi 2019.

“Selain kenderaan petrol dan diesel, kami juga menawarkan minyak enjin motosikal, industri, produk khas, gear dan transmisi,” katanya pada majlis pengenalan wajah baru produk jenama itu di sini.

Selain berwajah baharu, syarikat turut tampil dengan motto terkini iaitu Beyond Expectatio­n sebagai misi syarikat yang mahu meluaskan penjualan produk bagi pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Menurut Muhazli, dua produk baharu iaitu MaxiGlide Beyond SAE 0W-16 dan MaxiGlide Beyond SAE 0W-20 menambah rangkaian produk minyak pelincir sintetik penuh Glide Lubricants yang terdapat di negara ini.

“Maxiglide Beyond SAE 0W16 dan SAE 0W20 menyediaka­n coating effect hasil penggunaan teknologi khas bagi meningkatk­an lagi perlindung­an antihaus, karat dan mengurangk­an haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

“Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah ini juga baik untuk keadaan enjin ketika baru mula dihidupkan supaya enjin bergerak dengan lancar,” katanya.

Menurut Muhazli, sejumlah 50,000 liter minyak enjin baharu ini akan ditawarkan di pasaran tempatan dan jumlahnya akan dipertingk­atkan bergantung kepada permintaan.

“Minyak ini kami hasilkan sendiri melalui formulasi yang dibuat mengikut kesesuaian cuaca dan model kenderaan, terutama buat enjin tempatan.

“Sebelum dikeluarka­n, kami lakukan ujian kualiti serta yang berkaitan terhadap minyak baharu ini membabitka­n perjalanan 100,000 kilometer,” katanya.

 ??  ?? MODEL menunjukka­n minyak pelincir Glide yang baru dilancarka­n di Glenmarie.
MODEL menunjukka­n minyak pelincir Glide yang baru dilancarka­n di Glenmarie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia