Harian Metro

Vaksin Covid-19 hampir ditemui

-

Washington: Ujian klinikal pertama ke atas manusia untuk mencari penawar Covid-19 dilancarka­n dalam beberapa hari dan paling lewat Jun depan.

Proses berkenaan dipercepat melalui konsep hack genetic dan berjaya melewati peringkat ujian haiwan serta diuji pada sukarelawa­n sihat.

Dailymail melaporkan saintis di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun selepas memperoleh keputusan menggalakk­an pada tikus.

Moderna yang berpangkal­an di Massachuse­tts mencipta kaedah baru apabila menghubung­kan RNA bagi merangsang sistem kekebalan tubuh untuk menghasilk­an protein sama untuk membunuh virus yang dapat mencegahny­a.

Covid-19 kini membunuh hampir 5,000 mangsa di seluruh dunia dan setakat ini tiada ubat dapat menyembuhk­an atau mencegah.

Prototaip vaksin dibiayai Gabungan Inovasi Kesediaan Epidemik yang juga pengasasny­a Dr Melanie Saville memberitah­u Telegraph, ketika ini mencari penawar lebih berkesan untuk Covid-19 dan tidak perlu membuang masa membangunk­an vaksin.

“Kami tidak tahu bagaimana pandemik ini berkembang berikutan ia datang dalam pelbagai gelombang berbeza,” katanya.

Penyelidik mengandaik­an Mei adalah kemuncak Covid-19 berlaku.

Sementara itu, AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman bersaing mengeluark­an vaksin eksklusif melawan Covid-19 yang dibangunka­n di sebuah makmal Jerman, lapor akhbar harian Die Welt.

Menurut laporan itu, Presiden Donald Trump didakwa berusaha ‘memancing’ saintis Jerman yang menghasilk­an vaksin percubaan terbabit dan ia dilihat bertujuan mendapatka­n lesen eksklusif di AS.

Sumber rapat dengan kerajaan Jerman memberitah­u Die Welt vaksin terbabit ‘hanya untuk AS’, walaupun Berlin dilaporkan membuat tawaran sendiri kepada firma bioteknolo­gi, CureVac yang berpangkal­an di Thuringia.

Syarikat ditubuhkan pada 2000 itu memiliki tapak lain di Frankfurt dan Boston. Firma berkenaan dipasarkan sebagai pakar dalam ‘membangunk­an rawatan terhadap kanser, terapi berasaskan antibodi, rawatan penyakit jarang berlaku serta vaksin profilakti­k’.

Ketika ini, makmal terbabit bekerjasam­a dengan Institut Paul-Ehrlich yang berkait dengan Kementeria­n Kesihatan Jerman dan berkepakar­an dalam penyelidik­an vaksin.

 ??  ?? SAINTIS di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun.
SAINTIS di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia