Harian Metro

Kehilangan misteri

Taikun hartanah gelar Presiden China sebagai badut gagal dijejak

- Reuters

Seorang taikun hartanah di China yang pernah menggelar Presiden China, Xi Jinping sebagai badut selepas memberi ucapan mengenai usaha kerajaan menangani Covid-19 dilaporkan hilang.

Tiga rakannya cuba menghubung­inya namun gagal.

Ren Zhiqiang, ahli Parti Komunis dan juga bekas eksekutif kanan syarikat pemaju hartanah milik kerajaan, Huayuan Real Estate Group tidak dapat dihubungi sejak 12 Mac lalu.

Teman rapat dan ahli perniagaan, Wang Ying menyifatka­n kehilangan Ren sebagai ‘sangat membimbang­kan’.

“Ramai rakan kami mencarinya. Ren Zhiqiang adalah seorang dikenali umum dan kehilangan­nya diketahui ramai.

“Pihak bertanggun­gjawab terhadap perkara ini perlu memberi alasan kukuh secepat mungkin,” katanya.

Panggilan dibuat pihak Reuters juga gagal dijawab.

Polis Beijing tidak memberikan maklum balas untuk sebarang komen melalui telefon atau faks pada hari Ahad.

Sebelum ini, Ren menulis esei yang dikongsi dengan beberapa individu dikenaliny­a mengkritik ucapan Xi pada 23 Februari lalu.

Bagaimanpu­n, esei berkenaan kemudian dikongsi dalam talian oleh orang lain.

Dalam esei berkenaan, tanpa menyebut nama Xi, Ren berkata, selepas meneliti ucapan dibuat, dia ‘bukan melihat seorang pembesar berdiri mempamerka­n pakaian baharu, sebaliknya menyaksika­n badut bogel yang bersungguh-sungguh mahu kekal sebagai pembesar’.

Ren juga mendedahka­n krisis tadbir urus dalam parti selain mengkritik kebebasan bersuara dan media dalam melaporkan wabak Covid-19 sehingga menyebabka­n ia lambat diatasi.

 ??  ?? acara maraton di Liverpool meneruskan penyertaan walaupun jumlah jangkitan wabak Covid-19 terus meningkat di seluruh dunia. - Reuters
PESERTA
acara maraton di Liverpool meneruskan penyertaan walaupun jumlah jangkitan wabak Covid-19 terus meningkat di seluruh dunia. - Reuters PESERTA
 ??  ?? REN Zhiqiang gagal dihubungi sejak 12 Mac lalu.
REN Zhiqiang gagal dihubungi sejak 12 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia