Harian Metro

Adik tunai janji pelik

Bawa llama dipakaikan tuksedo pada majlis perkahwina­n kakak

-

Seorang pemuda Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri untuk membuat kejutan pada majlis perkahwina­n kakaknya.

Mendl Weinstock, 21, membawa seekor llama yang dipakaikan tuksedo berjahit khas untuk ia kelihatan comel.

Portal Today melaporkan idea pemuda itu bermula sejak lima tahun lalu apabila dia bergurau dengan kakaknya, Riva, 22, untuk membawa haiwan itu ketika majlis perkahwina­nnya.

“Ketika itu kami dalam perjalanan ke Indiana. Kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan dia asyik bercakap mengenai perkahwina­nnya.

“Sedangkan ketika itu dia baru berumur 17 tahun dan tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Ia membuatkan saya rasa menyampah mendengar angan-angannya sepanjang lima jam perjalanan kami.

“Saya beritahu dia saya tidak akan datang majlis perkahwina­nnya namun selepas didesak Riva, saya secara spontan memberitah­u akan datang dengan membawa llama,” kata Mendl.

Sejak perbualan itu dia memasang tekad untuk menunaikan janji membawa haiwan daripada keluarga unta itu ke majlis perkahwina­n Riva.

Sebaik Riva bertunang pada Oktober lalu, Mendl mula menjalanka­n rancangann­ya dengan menghubung­i ladang llama di selatan Ohio untuk menyewa seekor haiwan itu.

Peristiwa itu melucukan tetapi pada masa sama, llama berkenaan menjadi perhatian tetamu yang hadir untuk merakam gambar kenangan di luar dewan.

Sementara itu, Riva tidak menyangka gurauan adik bongsunya untuk membawa ‘tetamu tidak diundang’ berkenaan menjadi kenyataan.

“Pada mulanya, saya ingatkan ia cuma gurauan biasa adik saya, namun dia tetap tunaikan ‘janji’ itu walaupun sudah bertahun.

“Akhirnya, saya terpaksa akur perkara ini benar-benar terjadi,” katanya.

 ??  ?? MENDL bergambar bersama kakaknya, Riva dan llama yang dipakaikan tuksedo.
MENDL bergambar bersama kakaknya, Riva dan llama yang dipakaikan tuksedo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia