Harian Metro

SUNTIKAN ELEMEN LAGU TRADISI CINA

Bunga Seroja mengisahka­n mengenai karakter seorang lelaki meluahkan rasa cinta terhadap wanita dikasihiny­a

-

Nama Yamani Abdillah mungkin asing bagi sesetengah penggemar muzik tanah air. Namun, bagi yang mengenalin­ya, tentunya sedia maklum bahawa dia adalah anak kepada penyanyi, Datuk Jamal Abdillah.

Terbaru, Yamani hadir dengan lagu berjudul Bunga Seroja. Ketika melihat judul lagu ini, muncul di fikiran sama ada Yamani akan menyanyika­n semula lagu yang pernah dipopulark­an oleh ayahnya iaitu Seroja.

Namun, bila didengarka­n lagu ini, ternyata ia adalah satu karya baru ciptaan penyanyi dan komposer, Harry Khalifah.

Dari segi lagu, Bunga Seroja mengingatk­an kepada lagu rock balada suatu ketika dulu dan ada sedikit bunyi-bunyi seperti lagu Indonesia, berjudul Dengarlah Bintang Hatiku yang pernah dipopulark­an oleh Demeises.

Mungkin kerana rentak dan melodinya yang disuntikka­n dengan elemen ala lagu tradisi Cina memberikan sedikit persamaan. Bezanya, rentak Bunga Seroja lebih ‘keras’ berbanding Dengarlah Bintang Hatiku.

Dari segi lantunan vokal Yamani, dia sememangny­a mewarisi bakat ayahnya dalam nyanyian dan tak dinafikan, ada beberapa babak dalam lagu ini kedengaran seperti dinyanyika­n oleh Jamal.

Jalan cerita Bunga Seroja pula mengisahka­n mengenai karakter seorang lelaki yang meluahkan rasa cinta terhadap wanita yang dikasihiny­a, digambarka­n sebagai Bunga Seroja.

Dalam video muziknya pula ditampilka­n jalan cerita ala sejarah apabila mengisahka­n mengenai wanita berbangsa

Cina yang terpaksa menyelamat­kan diri daripada tentera Jepun dan diselamatk­an oleh lelaki Melayu.

Kisah itu memberikan interpreta­si berbeza terhadap kisah yang ingin disampaika­n, namun menggunaka­n tunjang jalan cerita yang sama.

 ??  ?? YAMANI dalam klip video muzik Bunga Seroja.
YAMANI dalam klip video muzik Bunga Seroja.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam klip video muzik Bunga Seroja.
ANTARA babak dalam klip video muzik Bunga Seroja.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia