Harian Metro

SISWA BELANJA SAKAN

Pengaruh media sosial antara punca penuntut boros habiskan wang pengajian semata-mata mahu ikut trend

- Oleh Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Makanan Korea, menonton wayang, hipster cafe dan telefon bimbit menjadi ‘kegilaan’ segelintir mahasiswa milenia yang menganggap keperluan itu wajib biarpun terpaksa menghabisk­an wang pengajian semata-mata mahu kelihatan bergaya serta mengikut trend.

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohamad

Fazli Sabri berkata, pengaruh media sosial memaparkan perkara indah mempengaru­hi penuntut untuk menikmati atau memiliki sesuatu yang terbaharu.

Katanya, perkara itu turut disokong berdasarka­n kajian Global Web Index yang merekodkan golongan milenia berusia 18 sehingga 32 tahun adalah pelayar Internet tertinggi setiap hari iaitu purata tujuh jam sehari.

“Generasi milenia atau Gen Y sukakan digital dengan melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Laman ini pula memaparkan yang indah belaka, secara langsung apabila setiap hari mereka terpengaru­h dengan benda ini,” katanya.

Beliau berkata, pengaruh itu menyebabka­n sebilangan penuntut tidak dapat menguruska­n kewangan dengan baik kerana bagi mereka tiada keutamaan yang perlu didahuluka­n sebaik menerima bantuan kewangan disebabkan tiada komitmen berbanding mereka yang berkeluarg­a.

Katanya, kebanyakan penuntut yang sering kali menghadapi masalah kewangan adalah mereka daripada kumpulan pertengaha­n 40 peratus (M40) dan kumpulan tertinggi 20 peratus (T20) yang sering mahukan sesuatu yang terbaharu seperti hipster cafe, makanan Korea, wayang dan gajet seperti telefon bimbit, selain fesyen K-Pop.

Katanya, mahasiswa sebenarnya sedar kewangan mereka terhad, tetapi disebabkan masih ada ibu dan ayah untuk membantu menghulurk­an kewangan menyebabka­n mereka selesa untuk berbelanja seperti orang berkerjaya.

“Mereka boleh menggunaka­n kelebihan ilmu yang diperoleh di universiti dengan menawarkan perkhidmat­an yang boleh menjana kewangan mereka. Contohnya, menjadi guru tuisyen.

“Banyak pusat tuisyen berhampira­n universiti, mereka juga boleh jadi cikgu tuisyen ke rumah. Setakat murid tahun enam sehingga tingkatan tiga, mereka boleh mengajar,” katanya.

Dr Mohamad Fazli menegaskan pengurusan kewangan yang betul membantu penuntut untuk menguruska­n kewangan dengan baik berdasarka­n konsep 50:30:20 yang merangkumi perbelanja­an pengajian, hiburan dan simpanan.

“Konsep ini sebagai panduan, di mana 50 peratus duit bantuan kewangan tak kira pinjaman atau biasiswa diperuntuk­kan untuk keperluan pengajian dan makan minum serta menyiapkan tugasan, yuran persatuan, buku dan sebagainya.

“Manakala 30 peratus pula untuk memenuhi kehendak penuntut seperti hiburan dan rekreasi bagi memenuhi keinginan mereka seperti menonton wayang dan makanan segera.

“Sekurang-kurangnya 20 peratus atau 10 peratus pula diperuntuk­kan untuk simpanan kerana mahasiswa kena ingat selepas tiga empat tahun berada di universiti mereka akan keluar untuk bekerja dan memulakan karier.

Jadi mereka memerlukan simpanan ini untuk kelangsung­an hidup apabila mereka mendapatka­n pekerjaan,” katanya.

Dr Mohamad Fazli juga tidak menafikan terdapat segelintir penuntut yang mengambil kesempatan dengan menjadikan bantuan yang disediakan di universiti seperti Foodbank untuk mereka berbelanja sakan dengan wang pendidikan yang diberi.

“Sebagai mahasiswa, apa keutamaan yang perlu diletakkan? bergaya atau memperoleh segulung ijazah kelas pertama dan mendapat pekerjaan yang baik?” katanya.

Ketagihan terhadap pembelian dalam talian menyebabka­n penuntut dari sebuah universiti awam (UA) di ibu kota, Muhammad Amirul

Asraf Awang Chik, 23, membelanja­kan wang pengajian sehingga RM2,500 untuk membeli gajet kegemarann­ya.

Katanya, pembelian di hujung jari menyebabka­n dia sanggup menggunaka­n sebahagian wang pengajian untuk memiliki barang yang diidamkan sejak mengikuti pengajian di UA itu.

“Sekarang saya cuba mengurangk­an aktiviti membeli barang yang tidak perlu dan membazir. Masih membeli secara dalam talian, cuma sekarang dalam sebulan, saya membeli dalam tiga atau empat kali sahaja dan akan peruntukka­n RM200,” katanya.

Sekurangku­rangnya 20 peratus atau 10 peratus pula diperuntuk­kan untuk simpanan kerana mahasiswa kena ingat selepas tiga empat tahun berada di universiti mereka akan keluar untuk bekerja dan memulakan karier DR MOHAMAD FAZLI

 ??  ??
 ?? FOTO & VIDEO
AIZUDDIN SAAD & MUSTAFFA KAMAL ?? CAFE hipster menjadi pilihan untuk penuntut menghilang­kan tekanan.
FOTO & VIDEO AIZUDDIN SAAD & MUSTAFFA KAMAL CAFE hipster menjadi pilihan untuk penuntut menghilang­kan tekanan.
 ??  ?? MATLAMAT utama penuntut untuk mendapatka­n segulung ijazah dengan cemerlang.
MATLAMAT utama penuntut untuk mendapatka­n segulung ijazah dengan cemerlang.
 ??  ?? MAKANAN Korea yang dipapar di media sosial menarik minat penuntut untuk mencuba.
MAKANAN Korea yang dipapar di media sosial menarik minat penuntut untuk mencuba.
 ??  ?? MUHAMMAD Amirul Asraf
MUHAMMAD Amirul Asraf
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia