Harian Metro

‘Saya perlu kekal fokus’

Zii Jia akui permainann­ya belum lengkap sepenuhnya

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

“Saya perlu bekerja keras untuk mempersiap­kan diri supaya lebih tenang dan mempunyai keazaman tinggi ketika di saat genting dalam mana-mana perlawanan,” kata perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia mengenai kegagalann­ya mara ke final Seluruh England, kelmarin.

Dia akur permainann­ya belum lengkap sepenuhnya untuk memenuhi harapan peminat badminton negara sebagai pengganti Datuk Lee

Chong Wei.

Bagaimanap­un,

Zii Jia menganggap kejayaan mara hingga ke separuh akhir kejohanan itu sebelum ditunjukka­n jalan keluar oleh jaguh Denmark, Viktor Axelsen adalah pengalaman berguna buatnya untuk bergelar jagoan dunia pada masa depan.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, secara keseluruha­n apa yang dilaluinya di Arena Birmingham membuka matanya selain menambah pengalaman­nya.

“Walaupun saya tewas, saya dan Axelsen bersaing sengit untuk membuktika­n siapa sahaja boleh menang seterusnya mara ke final,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata, dia akan terus mengorak langkah ke depan walau akur banyak lagi perlu dilakukan.

“Apa yang penting saya harus kekal fokus dan sentiasa berada pada landasan terbaik,” kata pemain nombor 13 dunia itu.

Kelmarin, ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan mengakui Zii Jia sudah memberikan aksi terbaik di separuh akhir Seluruh England walaupun tumbang di tangan

Axelsen.

Beliau berkata, perjalanan Zii Jia masih panjang dan setakat ini berada di landasan tepat.

Beberapa kesilapan di saat genting menyaksika­n pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2016 itu kalah 21-17, 13-21, 19-21.

Apapun, dia mempamerka­n persembaha­n terpuji dengan gabungan serangan dan pertahanan mantap selain diselang-seli dengan permainan kemas di net, cuma kerap melakukan kesilapan terutama di saat genting.

Walaupun saya tewas, saya dan Axelsen bersaing sengit untuk membuktika­n siapa sahaja boleh menang seterusnya mara ke final”

Lee Zii Jia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia