Harian Metro

Saingan Liga Hoki Remaja ditunda

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pertanding­an Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengesahka­n saingan Liga Hoki Remaja 2020 terpaksa ditunda akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut Pengerusin­ya, Datuk Seri Anil Jeet Singh mereka sudah 98 peratus untuk memulakan saingan liga, namun notis daripada Kementeria­n Pelajaran (KPM) melarang pelajar melakukan aktiviti luar dan selepas perbincang­an bersama presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, liga berkenaan terpaksa ditunda.

“Kita membuat keputusan liga ini akan ditunda kepada tarikh baharu selepas mendapat lampu hijau daripada KPM dan Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya pada sidang media di ibu pejabat MHC di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Saingan yang dijadualka­n bermula 25 Mac hingga 19 April depan membabitka­n kategori lelaki itu menarik penyertaan 24 pasukan bagi Divisyen 1 dan 2.

Keputusan itu juga selaras dengan ketetapan yang dikeluarka­n Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bahawa segala acara berkaitan sukan ditunda sehingga 30 April 2020.

“Buat masa sekarang tiada tarikh tetap bila kejohanan ini akan diadakan. Bagaimanap­un, kejohanan ini bukannya dibatalkan, kita berharap wabak ini beransur reda secepat mungkin kerana bukan saja hoki malah ia membabitka­n sukan lain juga.

“Penundaan ini memang tidak merugikan apa-apa, cuma kita akan bergerak perlahan dalam mencari bakat baharu. Tambahan pula tahun ini ada Sukan Malaysia (Sukma),” katanya.

Anil Jeet menasihatk­an semua persatuan hoki negeri dan daerah supaya mengurangk­an aktiviti luar.

Buat masa sekarang tiada tarikh tetap bila kejohanan ini akan diadakan

Anil Jeet Singh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia