Harian Metro

Serangan tak ‘padu’

Mora anggap pemain gagal beri Felda tekanan 100 peratus

- Oleh Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Terlepas meraih kemenangan keempat berturut-turut sememangny­a perit untuk ditelan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berstatus juara bertahan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Felda United pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam kelmarin.

Apa yang terjadi dalam perlawanan itu serba tidak menjadi buat skuad Harimau Selatan bagaikan terperangk­ap dengan helah skuad The Fighters yang beraksi ‘luar biasa’ apabila mampu menidakkan tiga mata yang diimpikan skuad kendalian Benjamin Mora.

Malah, Mora sendiri mengakui ia bukan malam JDT tatkala gagal beraksi dengan permainan konsisten sehingga memberi ruang buat Felda United mencipta keputusan seri yang sememangny­a bukan sasaran sebenar skuad Harimau Selatan.

“Apabila kami tidak beraksi seperti mana yang kami sering lakukan, kami akan dihukum dan ia terjadi dalam perlawanan menentang Felda United. Walaupun kami mengawal perlawanan dan beri tekanan kepada lawan, tapi gagal menjaring gol.

“Jika tidak jaringkan gol dalam permainan bola sepak, apabila berlaku kesilapan tentunya kita akan dihukum. Tiada lagi alasan kenapa kami tidak mendapat tiga mata. Apa saya lihat, beberapa kelemahan perlu diperkemas­kan lagi terutama pemain harus bijak membuat keputusan dalam situasi penting.

“Perlu perkemaska­n lagi barisan serangan yang kurang berkesan agar lebih efisien dan bijak menghidu peluang menjaringk­an gol. Malah, dalam perlawanan itu juga pemain tidak memberi tekanan 100 peratus berbanding tiga aksi lalu,” katanya.

Dalam perlawanan itu, JDT yang turun beraksi tanpa kehadiran penyokong selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak membenarka­n peminat hadir berikutan kebimbanga­n wabak Covid-19, anak didik Mora membuka tirai menerusi gol pada minit ke-21 hasil jaringan Syafiq Ahmad.

Namun, jaringan itu tidak bertahan lama selepas Felda United bangkit menyamakan jaringan oleh pemain import, Frederik Bulot pada minit ke-51 dan ketika aksi memasuki minit ke-66 peluang terhidang buat JDT menambah jaringan, tapi bola sepakan penalti Gonzalo Cabrera berjaya diselamatk­an penjaga gol Felda United, Mohd Muhaimin Mohamad.

JDT amat terasa kehilangan kapten Hariss Harun, Safawi Rasid dan Leandro Velazquez yang tidak diturunkan dalam perlawanan itu dan Mora sendiri belum pasti sama ada Hariss dapat turunkan pada aksi seterusnya dan berharap penangguha­n saingan liga oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membolehka­n pemain itu pulih sepenuhnya.

“Safawi semakin pulih dan saya jangkakan dia dan Leandro akan kembali menguatkan JDT apabila saingan liga bersambung, agak merisaukan saya keadaan Hariss yang masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut,” kata Mora.

 ??  ?? PEMAIN JDT, Diogo Luis Santo dicabar pemain Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.
PEMAIN JDT, Diogo Luis Santo dicabar pemain Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia