Harian Metro

The Fighters puas hati rantai JDT

-

Johor Bahru: Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil (gambar) selepas muncul pasukan pertama melakar kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) tatkala beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super, malam kelmarin.

Katanya, bukan saja Felda United, malah semua pasukan yang mampu menamatkan aksi 90 minit dengan keputusan seri menentang JDT sudah pasti gembira memandang pasukan itu memiliki reputasi sebuah pasukan hebat.

“Saya sendiri gembira dengan kesungguha­n pemain yang membawa pulang satu mata. Namun, kami perlu perbetulka­n beberapa kelemahan yang dikesan dalam aksi itu terutama bila pasukan lawan menjaringk­an gol kita tidak boleh berubah sikap dengan permainan bertahan.

“Kita kena bertindak dengan corak permainan menyerang. Apabila bermula babak kedua saya mengarahka­n pemain untuk beri tekanan di benteng pertahanan JDT yang kerap membuka ruang dan hasilnya gol penyamaan mampu dicipta dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

“Walaupun menyamakan jaringan, kami tidak boleh bersikap sambil lewa kerana kita tahu kualiti permainan JDT yang akan mengasak dari setiap sudut, namun pemain saya berdisipli­n pada babak kedua bagi mengelak terperangk­ap dengan corak permainan JDT,” katanya.

Dalam perlawanan itu, bukan saja Frederik Bulot yang melakar kejutan selepas gol penyamaan pada minit ke-51 memastikan skuad The Fighters membawa pulang satu mata, kelibat penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad turut memainkan peranan penting selepas menyelamat­kan bola sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-66.

Mohd Nidzam jelas teruja dengan kesungguha­n Mohd Muhaimin yang beraksi cemerlang untuk menidakkan beberapa percubaan berbahaya barisan serangan JDT yang diterajui, Diogo Luis Santo dan memastikan Felda United tidak pulang hampa.

“Mohd Muhaimin pernah beraksi bersama PJ City FC musim lalu dan dia membantu pasukan itu menang ke atas JDT. Mungkin aura musim lalu memberi dia semangat untuk beraksi cemerlang buat kali kedua menentang JDT.

“Kami juga menganalis­is sepakan penalti pemain JDT dan juga sepakan sudut menerusi gerak susun dan apa yang kami lakukan membuahkan hasil malah Mohd Muhaimin juga begitu yakin dalam perlawanan itu untuk beraksi konsisten,” kata Mohd Nidzam.

Saya mengarahka­n pemain untuk beri tekanan Mohd Nidzam

Jamil

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia