Harian Metro

Nwakaeme hadir impak besar buat Pahang

- Oleh Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh gembira prestasi penyerang import, Dickson Nwakaeme yang berjaya mengubah skrip perlawanan, sekali gus menewaskan Melaka 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam kelmarin.

Baginya, kemasukan Nwakaeme memberi impak besar kepada pasukannya selepas bertindak cemerlang menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk pulang dengan tiga mata.

“Walaupun dia masih cedera dan belum pulih seratus peratus, namun Nwakaeme mampu menghidupk­an jentera serangan dan melakukan yang terbaik buat pasukan.

“Apapun, pemain tidak menunjukka­n prestasi sebenar seperti apa yang diharapkan, walaupun mereka banyak menguasai permainan,” katanya.

Namun, apa yang pasti kemasukan Nwakaeme pada babak kedua jelas mengejutka­n benteng pertahanan Melaka yang sebelum itu kebal mempertaha­nkan kubu.

Sementara itu, jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, pemainnya merencana banyak peluang, namun pada masa sama gagal mencipta jaringan sehingga tewas dalam aksi berkenaan.

Katanya, situasi terbabit dianggap malang buat pasukan kerana gagal memecah kebuntuan jaringan walaupun peluang sudah terhidang. Bagaimanap­un, dia tetap memuji usaha pemain dengan menganggap aksi berkenaan antara yang terbaik setakat ini.

Dalam pertemuan itu, Nwakaeme muncul wira Tok Gajah selepas rembatanny­a pada minit ke-67 gagal diselamatk­an penjaga gol yang juga kapten Melaka, Khairul

Fahmi Che Mat untuk memisahkan keputusan walaupun pada awal saingan dilihat berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Malam malang tuan rumah terserlah selepas Uche Agha yang memiliki dua peluang pada babak pertama (m-8,19) diikuti Sony Norde pada m-46 dan 47 gagal menghadiah­kan jaringan buat skuad Hang Tuah sekali gus hampa di laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia