Harian Metro

Penyokong sokong Liga M ditangguh

- Oleh Malik Muhamad sukanteam@ nstp.com.my

Kuala Terengganu: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC (TFC), menyifatka­n langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumka­n semua aksi Liga Malaysia (Liga M) 2020 ditangguhk­an bermula hari ini susulan kebimbanga­n penularan wabak Covid-19 adalah tindakan tepat dan pantas.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak TFC, Mohd Isa Che Arifin berkata, ketegasan dan kepantasan badan induk bolasepak negara turut tidak membenarka­n peminat memasuki stadium membabitka­n perlawanan yang berlangsun­g mulai Jumaat lalu hingga hari ini juga harus dilihat secara positif.

“Tindakan pantas FAM dan MFL dalam menangani penularan wabak itu harus dipuji dan perlu dilihat dari sudut positif bukannya negatif demi keselamata­n dan kesihatan semua peminat dan juga pemain.

“Bagi saya langkah berkenaan adalah wajar sebagai pencegahan awal disebabkan penularan Covid-19 yang melanda negara sekarang ini yang kian meningkat.

“Justeru, lebih baik orang ramai khususnya peminat setia bola sepak tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai termasuk stadium bagi mengelak jangkitan virus itu, beringat sebelum kena,” kata Mohd Isa.

Jumaat lalu dalam mesyuarat khas, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumka­n semua aksi Liga Malaysia (Liga M) yang turut membabitka­n semua pertanding­an anjuran FAM dan MFL termasuk Piala Presiden,

Piala Belia, Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dan saingan M3 serta M4 ditangguhk­an bermula hari ini.

Beliau turut menegaskan semua aksi Liga Super dan Liga Perdana yang dijadualka­n pada Jumaat lalu hingga semalam berlangsun­g tanpa kehadiran penyokong termasuk pihak media demi kebaikan semua pihak.

Pada Jumaat lalu buat kali pertama selepas pengumuman itu, pertemuan Terengganu FC II (TFC II) menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berlangsun­g tanpa kehadiran peminat setia kedua-dua pasukan.

Sementara itu, pengurus pasukan Terengganu FC (TFC), Ahmad Shahrizal Yahya menyambut baik keputusan FAM dan MFL itu yang disifatkan tepat demi menjaga kebajikan pemain, pasukan dan juga peminat setia pasukan masing-masing.

“Kami sokong 100 peratus langkah yang diambil FAM dan MFL yang sangat bertepatan selari dengan surat arahan Kementeria­n Kesihatan (KKM), Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan kerajaan negeri dalam menangani penularan wabak itu demi menjaga keselamata­n dan kesihatan pemain dan penyokong,” katanya.

 ??  ?? MOHD Isa
MOHD Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia