Harian Metro

‘Tak payah berkumpul luar stadium’

MFL gesa penyokong patuhi arahan KKM

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Sila patuhi arahan demi keselamata­n semua. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia

(MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pematuhan arahan itu penting sejajar dengan peringatan yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan (KKM) supaya segala perhimpuna­n atau aktiviti ditangguhk­an pada masa ini.

Beliau sedia maklum mengenai tersebar video dan laporan sekumpulan peminat yang didakwa penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berkumpul di luar Stadium Sultan Ibrahim pada aksi Liga Super berdepan Felda

United, kelmarin ketika kebimbanga­n mengenai penularan Covid-19 masih belum reda.

“Namun, MFL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas penyokong yang masih berdegil hadir ke stadium walaupun perlawanan Liga

Malaysia (Liga M) minggu ini diadakan dalam stadium kosong.

“MFL berharap arahan ini diambil peduli oleh mereka (penyokong) kerana kita tak mahu ada di antara mereka nanti dijangkiti

Covid-19 dan jangan membabitka­n diri dalam penularan virus ini.

“Berkumpula­n di luar (stadium) itu berbahaya dan kita tak boleh ambil apa-apa tindakan.

Cuma kita berharap pihak berkuasa boleh meleraikan sebarang perhimpuna­n di luar stadium,” katanya, di sini, semalam.

Jumaat lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL memutuskan aksi minggu ini dilangsung­kan tanpa penyokong selain semua kejohanan di bawah kelolaan mereka akan ditangguh bermula, hari ini.

Selain itu, Ab Ghani menjelaska­n pemeriksaa­n ketat dilakukan ke atas individu yang bertugas dalam perlawanan minggu ini.

“MFL membuat perlawanan (minggu ini) dalam stadium kosong melainkan mereka yang bertugas, itu pun dihadkan jumlahnya.

“Petugas itu juga diperiksa suhu badan mereka dan diberi sanitizer (pencuci tangan) sebelum dibenarkan masuk ke stadium,” katanya.

 ??  ?? VIDEO penyokong berkumpul di luar stadium yang tular di media sosial.
VIDEO penyokong berkumpul di luar stadium yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia