Harian Metro

ROSLIN KAHWIN KALI KE-4

Bekas pemain badminton kebangsaan selamat diijab kabul dengan anggota polis semalam

- Oleh Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim yang pernah mencetuska­n kontrovers­i berkaitan perkahwina­nnya sebelum ini bernikah buat kali keempat dengan majlis resepsi berlangsun­g di dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Roslin yang pernah dinobatkan sebagai pemain nombor satu negara dan dunia berkahwin dengan pasanganny­a seorang anggota polis dikenali sebagai Ruzie Halim.

Beliau yang ditemui pada majlis berkenaan berkata, perkahwina­n itu adalah episod baharu dalam kehidupann­ya dan berharap akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulil­lah perkahwina­n

Alhamdulil­lah perkahwina­n ini adalah episod baharu dalam hidup dan mengharapk­an akan kekal hingga akhir hayat. Saya tetap memberikan fokus kepada badminton”

ini adalah episod baharu dalam hidup dan mengharapk­an akan kekal hingga akhir hayat.

“Saya tetap memberikan fokus kepada badminton walaupun sudah berkahwin kerana itu adalah mata pencarian,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sebelum ini, perkahwina­n Roslin mencetuska­n kontrovers­i apabila menceraika­n isterinya Faizah Mohamed, 35 selepas 12 hari bergelar suami isteri.

Selain Faizah yang dinikahi pada 30 Januari 2007, Roslin pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 41, 9 Julai 2010 dan sempat melayari bahtera rumah tangga dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Belum reda dengan kontrovers­i terbabit, Roslin mengaku berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita pada 2011 namun identiti pasangan itu dirahsia.

Roslin Hashim

 ??  ??
 ??  ?? ROSLIN bersama isterinya pada hari persanding­an mereka.
ROSLIN bersama isterinya pada hari persanding­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia