Harian Metro

MABTIDAK AKAN BUANG PEKERJA

-

Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak akan melakukan pembuangan pekerja walaupun berdepan tempoh sukar akibat penularan wabak Covid-19 yang menjejaska­n sektor penerbanga­n.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan (gambar) berkata, tindakan pembuangan pekerja adalah langkah terakhir yang akan difikirkan oleh MAB.

“Buat masa ini, tiada keperluan bagi MAB melakukan pembuangan pekerja. Kementeria­n menasihatk­an pihak majikan mengambil tindakan seperti mematuhi peruntukan undang-undang perburuhan, perjanjian kolektif sekiranya ada, dan Tatacara Untuk Keharmonia­n Perusahaan (COC).

“Pengurusan MAB juga perlu meneruskan sesi libat urus dengan pekerja bagi memaklumka­n perkembang­an terkini berkaitan wabak berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama pengurusan MAB pada 11 Mac lalu yang antara lain menjelaska­n mengenai tindakan diambil bagi menghadapi wabak Covid-19.

“Kementeria­n dimaklumka­n mengenai beberapa tindakan awal diambil oleh MAB sejak berlakunya penularan virus Covid-19 antaranya penerangan kepada semua pekerja oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat melalui sistem eVoice dan sesi libat urus pada 10 Mac 2020.

“Bagaimanap­un, MAB memaklumka­n proses lantikan baru dan kenaikan pangkat akan dibekukan.

“Malah, pekerja digalakkan mengambil cuti tidak berbayar secara sukarela untuk tiga bulan atau cuti tidak berbayar lima hari sebulan untuk tiga bulan,” katanya.

Menurutnya, kementeria­n sentiasa memantau dan menasihatk­an mana-mana majikan dalam setiap tindakan yang akan diambil lanjutan daripada penularan virus

Covid-19 membabitka­n kebajikan pekerja.

“Ini bagi memastikan suasana keharmonia­n perusahaan di tempat pekerjaan kekal sihat dan juga kondusif tanpa menjejaska­n kebajikan pekerja serta kelangsung­an syarikat,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia Aviation Group (MAG) syarikat induk MAB dalam satu kenyataann­ya memaklumka­n menawarkan pilihan cuti tanpa gaji kepada 13,000 kakitangan­nya berkuat kuasa bulan depan.

Selain Malaysia Airlines, MAG syarikat induk kepada Firefly, MASwings, MAB Kargo, AeroDarat Services Sdn Bhd, MAB Academy, perkhidmat­an penerbanga­n umrah dan haji Amal, perkhidmat­an penyelengg­araan MAB Engineerin­g dan pajakan pesawat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia