Harian Metro

‘KAMI REDA BAPA POSITIF COVID-19’

Anak peserta perhimpuna­n tabligh cerita detik-detik ayah jatuh sakit

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

“Kami sekeluarga reda apabila dimaklumka­n bapa positif Covid-19 namun yakin dengan kemampuan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memulihkan pesakit yang dijangkiti virus berkenaan selain berserah kepada Allah SWT,” kata Mustaqim Zakaria, 36.

Bapa Mustaqim, Zakaria Ishak, 62, seorang daripada peserta Perhimpuna­n

Ijtimak Tabligh di Masjid

Seri Petaling yang disahkan positif virus berkenaan selepas hadir menjalani pemeriksaa­n kesihatan di Hospital Miri, Sarawak, minggu lalu.

Menurutnya, sebaik selesai menghadiri perhimpuna­n itu, bapanya tidak pulang ke rumah sebaliknya terus ke Miri untuk keluar berdakwah bersama cucu dan 10 rakan tabligh selama 40 hari.

“Sudah menjadi rutin bapa keluar berdakwah dan aktif dalam aktiviti tabligh sejak bersara.

“Namun perhimpuna­n ijtimak kali ini adalah yang pertama dihadiri bapa sejak beberapa tahun lalu.

“Sebaik dimaklumka­n mengenai peserta perhimpuna­n yang positif Covid-19, bapa bersama anak saudara saya dan rakan lain terus ke hospital untuk pemeriksaa­n sebelum diarah untuk dikuaranti­n bagi pemantauan lanjut,” katanya.

Katanya, keputusan ujian virus itu dikeluarka­n hospital beberapa hari lalu namun keluargany­a hanya mengetahui perkara itu semalam selepas menghubung­i bapanya.

Mustaqim berkata, walaupun bimbang dengan perkembang­an itu, mereka tetap optimis kepakaran yang dimiliki pasukan pemantauan Covid-19 yang boleh memulihkan bapanya.

“Bapa memang ada simptom seperti batuk sebelum membuat keputusan untuk jalani pemeriksaa­n. Tidak sangka pula bapa positif Covid-19.

“Kami akan sentiasa berhubung dengan bapa melalui telefon rakannya yang turut dikuaranti­n.

Niat hati memang mahu melawat tapi kami tidak dibenarkan atas faktor keselamata­n kerana

bimbang dijangkiti,” katanya.

Mengulas lanjut,

Mustaqim berharap lebih ramai peserta ijtimak tampil menjalani pemeriksaa­n kesihatan kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabka­n impak negatif lebih besar kepada masyarakat.

Seramai 16,000 peserta menyertai ijtimak tabligh antarabang­sa yang berlangsun­g di masjid berkenaan dan daripada angka itu, 14,500 adalah rakyat Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19 di Terminal Feri Kuala Kedah ketika mahu bercuti ke Pulau Langkawi, semalam.
ORANG ramai memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19 di Terminal Feri Kuala Kedah ketika mahu bercuti ke Pulau Langkawi, semalam.
 ??  ?? MASJID Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam beroperasi seperti biasa ketika tinjauan di masjid itu, semalam.
MASJID Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam beroperasi seperti biasa ketika tinjauan di masjid itu, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? PEMBANTU farmasi menuang cecair pembasmi kuman ke tangan pelanggan, di ibu kota, semalam.
PEMBANTU farmasi menuang cecair pembasmi kuman ke tangan pelanggan, di ibu kota, semalam.
 ??  ?? PESERTA ijtimak tabligh yang berhimpun di Masjid Seri Petaling menjalani pemeriksaa­n kesihatan, semalam.
PESERTA ijtimak tabligh yang berhimpun di Masjid Seri Petaling menjalani pemeriksaa­n kesihatan, semalam.
 ??  ?? PETUGAS Masjid Jamek Sultan Abdul
Samad, Kuala Lumpur memeriksa suhu badan pengunjung yang ingin
memasuki masjid itu.
PETUGAS Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur memeriksa suhu badan pengunjung yang ingin memasuki masjid itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia