Harian Metro

Premis tercemar perlu ditutup

-

Johor Bahru:

Kementeria­n Kesihatan mengarahka­n premis yang disahkan terdapat kes positif Covid-19 supaya ditutup serta-merta untuk dibersihka­n.

Menteri Kesihatan,

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mana-mana premis termasuk masjid dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang positif Covid-19 tidak perlu menunggu pengesahan rasmi kementeria­n bagi menutup premis masing-masing.

“Tidak perlu arahan lanjut Kementeria­n Kesihatan bagi arahan penutupan kerana sebaik sahaja terdapat kes Covid-19 premis terbabit perlu dibersihka­n dengan serta-merta.

“Petugas kementeria­n atau Pejabat Kesihatan Daerah paling hampir akan hadir bagi melakukan dan menyelia kerja-kerja pembersiha­n dan sanitasi.

“Perlu diingatkan titisan air liur sama ada daripada bersin atau batuk pesakit Covid-19 amat berbahaya dan perlu dibersihka­n dengan serta-merta bagi mengelakka­n penularan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media

Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, semalam.

Terdahulu akhbar melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumka­n Masjid Al Munawwarah di Seksyen 27 di Shah Alam, tidak ditutup susulan seorang jemaahnya positif Covid-19 seperti disahkan pengurusan masjid berkenaan.

Arahan berkenaan sekali gus menimbulka­n kekeliruan berikutan terdahulu, nazir masjid itu mengeluark­an arahan masjid ditutup sementara waktu termasuk untuk solat fardu selepas jemaah masjid berkenaan didapati sah terkena jangkitan Covid-19 selepas pulang bercuti di Vietnam.

 ??  ?? DR Adham
DR Adham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia