Harian Metro

Tiada pembelian panik

Tinjauan di pasar raya dapati barangan keperluan harian cukup

- Oleh Rosyahaida Abdullah am@hmetro.com.my

“Setakat ini saya cuma lebihkan sedikit pembelian. Misalnya jika kebiasaann­ya saya beli minyak masak sebotol, kini beli dua botol, itu saja,” kata pesara, Datin Noor Abdullah, 60.

Ditemui di hadapan pasar raya di Ampang, Noor menganggap masih tiada keperluan untuk melakukan pembelian dalam jumlah terlalu banyak memandangk­an keadaan ketika ini masih terkawal.

“Saya akan melebihkan pembelian untuk barangan pencuci namun untuk makanan, kami pastikan ia mencukupi untuk kami berempat (sekeluarga) saja, tidak berlebih-lebih.

“Mungkin saya akan mula melakukan apa yang dipanggil pembelian panik apabila kes di Malaysia mencecah angka 1,000 namun saya yakin kerajaan melakukan yang terbaik untuk kawal wabak (Covid-19),” katanya.

Noor antara yang ditemui melakukan pembelian ketika wartawan Harian Metro melakukan tinjauan di beberapa pasar raya di ibu kota susulan tersebar di media sosial mengenai kekurangan stok barangan dapur disebabkan pembelian panik pengguna akibat Covid-19.

Hasil tinjauan mendapati rak di kebanyakan pasar raya dipenuhi barangan keperluan, malah stok sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

Rosdi Kula, 44, berkata, tiada keperluan melakukan pembelian panik disebabkan situasi Covid-19 ter kawal dan barangan keperluan mencukupi.

Menurut kakitangan swasta ini, tujuan ke pasar raya itu hanya untuk menambah stok barangan dapur di rumah yang dibeli secara mingguan.

“Rasanya kebanyakan mereka yang membeli dalam kuantiti banyak adalah peniaga kedai makan, peniaga gerai runcit dan sebagainya.

“Majoriti kenalan saya pun tiada yang menyaranka­n pembelian panik jadi saya kira semua orang masih tenang,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN membeli barangan keperluan seperti biasa ketika tinjauan di sebuah pasar raya di Setiawangs­a, semalam.
PELANGGAN membeli barangan keperluan seperti biasa ketika tinjauan di sebuah pasar raya di Setiawangs­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia