Harian Metro

Maklum balas positif

Peniaga sambut baik program 100 Go Digital dilancarka­n MDEC

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.coom.my

Pelaksanaa­n program 100 Go Digital yang dilancarka­n Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) mendapat maklum balas positif peniaga di Langkawi, Kedah.

Rata-rata peniaga terdiri daripada pengusaha makanan, pakaian dan penyedia perkhidmat­an menyambut baik usaha diambil MDEC yang banyak memberi manfaat kepada perniagaan mereka.

Bukan itu sahaja, ia mudah digunakan, malah memberi kesenangan kepada penduduk setempat dan pelancong dalam serta luar negara untuk membeli produk yang dijual tanpa perlu membawa wang.

Pemilik kedai kasut Wanter Shoes, Mohamad Ridwan Aulia, 27, berkata, program itu memberi impak besar kepada peniaga yang sentiasa berurusan dengan pelancong di dalam dan luar negara.

Katanya, sejak menggunaka­n peranti yang disediakan MDEC dalam tempoh beberapa bulan, jualan di premis meningkat sehingga 15 peratus berbanding menggunaka­n cara konvension­al.

“Kebanyakan pelancong selesa menggunaka­n kaedah ini kerana memudahkan mereka yang tidak perlu membawa wang tunai. Isu tiada duit baki mencukupi pun tidak timbul. Pelancong asing juga tidak perlu menukar duit di premis pengurup wang sekiranya tidak memiliki wang mencukupi.

“Bukan itu sahaja, penduduk setempat pun selesa menggunaka­n kaedah ini,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an MDEC meluaskan teknologi ini kepada peniaga di luar bandar untuk memberi kemudahan kepada pelancong di sana.

Perkara sama turut diakui Pengarah Feriously Food Sdn Bhd, Zainah Abd Manaf, 42, yang melihat kemudahan ini sangat membantu pelanggan ke premisnya.

“Sebelum ini, saya sudah aplikasika­n kaedah menerusi perniagaan dalam talian untuk memudahkan pelanggan daripada luar kawasan membuat pembayaran.

“Dengan kemudahan baru ini, pelanggan yang datang ke premis pun boleh buat perkara sama tanpa perlu membawa wang tunai,” katanya.

Menurutnya, menerusi kaedah berkenaan juga, dia tidak berdepan masalah kehilangan wang di kaunter dan wang baki tidak mencukupi.

“Urusan jual beli pun cukup mudah, cepat dan selamat. Pada masa sama, saya dapat periksa kemasukan wang dengan mudah,” katanya.

Dalam pada itu,

Pengarah Megawaters­port, Hussein Mohd Said, 44, yang menyediaka­n perkidmata­n jet ski di Pantai Chenang berkata, kemudahan disediakan banyak memberi kemudahan kepadanya dan pelanggann­ya.

“Sebelum ini saya sudah menyediaka­n kemudahan kad kredit dan atas talian untuk memudahkan pelanggan. Dengan kemudahan disediakan MDEC ini, tugas saya lebih mudah kerana banyak pilihan disediakan termasuk GrabPay, Touch & Go dan WeChat Pay terutama membabitka­n pelancong dari luar negara.

“Pada masa sama, saya dapat memeriksa transaksi kemasukan wang dengan mudah menggunaka­n peranti,” katanya.

Program 100 Go Digital menyediaka­n pendekatan langkah demi langkah yang disokong oleh rakan kongsi pelbagai disiplin yang akan menyediaka­n bantuan secara mendalam yang akan membantu peniaga mengintegr­asikan dan membiasaka­n diri dengan teknologi digital terkini hari ini. Dengan memanfaatk­an inisiatif usahawan mikro, eUsahawan MDEC yang berjaya, 100 Go Digital menjadi langkah seterusnya bagi peserta untuk meningkatk­an perjalanan digital.

Perniagaan PKS perlu menjadi sebahagian daripada inisiatif ini kerana 98.5 peratus pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah PKS manakala 20.6 peratus PKS adalah milik wanita terutama dalam sektor perkhidmat­an.

Pelancong juga kini lebih memilih untuk berurus niaga tanpa menggunaka­n wang tunai yang mana lebih mudah dan selamat.

Dengan aplikasi pembayaran dalam talian yang disediakan seperti Boost, GrabPay,

MaybankQR, Touch & Go, e-dompet dan banyak lagi, ia memudahkan transaksi pembayaran menggunaka­n telefon pintar, sekali gus menjimatka­n masa.

Untuk maklumat lanjut lawati https://mdec.my/ digital-economy-initiative­s /100-go-digital.

 ??  ?? ZAINAH
ZAINAH
 ??  ?? MOHAMAD Ridwan
MOHAMAD Ridwan
 ??  ?? HUSSEIN
HUSSEIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia