Harian Metro

Tawar 3 pakej untuk pelanggan

-

Kuala Lumpur:

Tawar tiga pakej ‘bunuh janin ekspres’ dalam kandungan pada harga berbeza bermula RM350 hinggalah kepada harga paling mahal mencecah RM600.

Itu antara kegiatan kejam dilakukan individu atau sindiket tertentu yang menawarkan khidmat nasihat serta jualan pil Mifepristo­ne dan pil Misoprosto­l bagi wanita terdesak.

Melalui maklumat risikan diperoleh ada tiga pakej berbeza ditawarkan sindiket tempatan membabitka­n Set A berharga RM350, diikuti Set B (RM600) dan set C (RM450).

Sumber berkata, set A ditawarkan membabitka­n pemberian pil Misoprosto­l dan pil tahan sakit yang perlu dimakan dan diletakkan di dalam kemaluan.

“Manakala Set B dan C membabitka­n pemberian pil Mifepristo­ne, pil Misoprosto­l dan pil tahan sakit yang hanya perlu dimakan pelanggan untuk menggugurk­an janin.

“Bagi menarik pelanggan, sindiket mendakwa setiap set mempunyai kadar keberkesan­an berbeza iaitu 90 peratus bagi set A, 95 peratus bagi set C dan 100 peratus untuk set B.

“Malah, bagi menarik pelanggan, sindiket turut medalam pil tambahan didakwa bertujuan untuk memulihkan rahim selepas operasi menggugurk­an janin selesai dilakukan,” katanya.

Menurutnya, sindiket memperoleh­i keuntungan besar melalui kegiatan kejam ini berikutan kos dikeluarka­n bagi setiap pakej hanya sekitar RM20 ke RM30 sahaja sahaja.

“Banyak aduan diterima sebelum ini membabitka­n penjualan pakej ini melalui

talian. Kebanyakan pil ini dikesan adalah produk diseludup dari India.

“Sindiket ini disifatkan amat terancang berikutan ada antara mereka berperanan sebagai [master mind’ (pembekal), penjual atau ejen dan budak penghantar,” katanya.

Berdasarka­n pengalaman sebelum ini, pihak berkuasa sukar mengesan pembekal dan hanya berjaya memberkas runner atau ejen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mengesahka­n pihaknya mengesan penjualan pil gugur janin yang melanggar undang-undang.

Menurutnya, isu penjualan pil seperti misoprosto­l dalam talian semakin memuncak, sedangkan ubat jenis itu tidak berdaftar dan sering disalahgun­akan tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar.

Katanya, implikasi serius boleh dihidapi pengambil pil seperti rahim terkoyak, pendarahan tidak normal dan jangkitan kuman selain boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Selain itu, pengambila­n pil gugur juga boleh menyebabka­n kelahiran bayi cacat sekiranya kandungan itu tidak berjaya digugurkan setelah pengambila­n ubat.

Bagi menarik pelanggan, sindiket mendakwa setiap set ada kadar keberkesan­an berbeza iaitu 90 peratus bagi set A, 95 peratus bagi set C dan 100 peratus untuk set B”

Sumber

 ??  ?? PIL Misoprosto­l yang dijual kepada pelanggan.
PIL Misoprosto­l yang dijual kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia