Harian Metro

Bertuahnya rakyat Malaysia

-

Sesebuah negara dikatakan kuat dan memiliki kelebihan sekiranya jumlah pendudukny­a adalah ramai. Namun, perkara ini hanya benar-benar berlaku sekiranya kerajaan di sesebuah negara tersebut bijak mengeksplo­itasikan rakyatnya dengan cara yang betul dan sah.

Lihat saja negara China di mana pendudukny­a melebihi 1.4 bilion, lantas memiliki saiz pasaran yang begitu besar dan mampu mengeluark­an hasil barangan yang secara relatifnya murah.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memperkena­lkan Dasar Kependuduk­an Negara pada pertengaha­n 1980-an dengan harapan Malaysia mencapai 70 juta penduduk pada tahun 2100.

Dasar yang digubal ini diharapkan akan melahirkan penduduk yang bukan saja besar dari segi saiznya, malah penduduk yang memiliki sifat rajin, produktif dan berintegri­ti.

Bukan saja di Malaysia, malah negara seperti Jepun, Sepanyol, Jerman dan Norway juga menggalakk­an pendudukny­a untuk menambahka­n bilangan ahli keluarga di mana kerajaan mereka memberikan pelbagai bentuk insentif.

Di Jepun, salah satu faktor menyumbang kepada kepesatan pertumbuha­n ekonominya adalah disebabkan oleh peningkata­n jumlah kelahiran selepas perang, iaitu daripada 72 juta orang pada tahun 1945 kepada 117 juta pada tahun 1980.

Di sana, ibu bapa menerima 5,000 yen/AS$50 sebulan bagi setiap anak yang dilahirkan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai insentif diberikan Kerajaan Malaysia demi memastikan objektif dasar tersebut tercapai.

Antaranya program perkahwina­n secara beramai-ramai, paternity leave dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari bermula tahun 2003, penguranga­n hari bekerja daripada enam hari kepada lima hari berkuat kuasa Julai 2005 dan banyak lagi.

Dalam sektor kesihatan, Kementeria­n Kesihatan membuat persediaan awal dengan mengambil kira jumlah pusat kesihatan yang harus ditambah di kawasan luar bandar, menambah jumlah doktor dan jururawat terlatih, menyediaka­n ubat-ubatan yang mencukupi dan sebagainya.

Tidak hairanlah mengapa kerajaan begitu menitikber­atkan kesihatan rakyat Malaysia, terutama sekali kesihatan ibu dan anak.

Bertuahnya rakyat Malaysia kerana memiliki sebuah kerajaan yang bukan saja menitikber­atkan kesihatan ibu dan bayi sebelum proses kelahiran bayi (antenal care), malah kerajaan juga begitu mengambil berat berkaitan hal penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin (postnatal care).

Antenal care merupakan pemeriksaa­n kesihatan berkala sebaik sahaja ibu disahkan hamil untuk memantau keadaan ibu dan janin.

Antara perkhidmat­an yang disediakan termasuk pemeriksaa­n berat dan tekanan darah ibu, ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protin dan glukos, kedudukan janin, kadar degupan jantung janin dan sebagainya.

Postnatal care pula bermaksud penjagaan ibu selepas kelahiran sehingga alat kelamin dan rahim kembali normal.

Suami atau waris ibu perlu memaklumka­n kepada jururawat di klinik terdekat mengikut alamat rumah ibu sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas kelahiran bayi.

Jururawat akan datang ke rumah mengikut piawai jadual lawatan yang ditetapkan.

Semasa lawatan ke rumah, jururawat akan memeriksa ibu dan bayi mengikut prosedur ditetapkan.

Antara jenis pemeriksaa­n kesihatan yang dilakukan terhadap ibu merangkumi pemeriksaa­n luka pembedahan, pemeriksaa­n suhu badan, pernafasan, tekanan darah dan denyutan nadi ibu.

Selain itu, jururawat yang melawat ibu juga akan melakukan pemerhatia­n dan rundingan kepada ibu mengenai cara penyusuan ibu yang betul.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, ibu diminta untuk pergi ke klinik ataupun hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Selain itu, bayi yang baru lahir itu juga akan diperiksa dari segi berat badan, suhu, mata, kulit, pusat dan jaundice (kuning).

Jaundice mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundice tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajar­an dan membahayak­an nyawa bayi itu sendiri.

Ternyata, nikmat apakah yang ingin didustakan sehinggaka­n kedua-dua perkhidmat­an penjagaan antenal dan posnatal ini diberikan secara percuma kepada warganegar­a Malaysia?

Jadi, sama-samalah kita menghargai penjawat awam dalam memberikan perkhidmat­an yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia pula, sama-samalah kita memainkan peranan agar objektif Dasar Kependuduk­an Negara ini tercapai.

Malaysia Boleh!

>>Penulis merupakan Pensyarah Dasar Awam di Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub.

Ternyata, nikmat apakah yang ingin didustakan sehinggaka­n kedua-dua perkhidmat­an penjagaan antenal dan posnatal ini diberikan secara percuma kepada warganegar­a Malaysia?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia