Harian Metro

Jauhi korupsi masa

Rakyat pula tidak perlu terlalu taasub dengan pegangan politik masing-masing sehingga membuang masa bercakaran sesama sendiri

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaik­an amanat yang cukup bermakna semasa Majlis Tausiah Am. Majlis tersebut diadakan pada 12 Mac 2020 di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya khusus membabitka­n agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Nasihat yang disampaika­n ini wajar dijadikan ingatan bukan saja kepada agensi di bawah kepemimpin­annya, tetapi juga seluruh penjawat awam dan pekerja sektor swasta. Antara lain, nasihat menyentuh perkara berkaitan pengurusan masa yang baik semasa menjalanka­n tugas yang diamanahka­n. Hal ini penting kerana setiap pekerja diberi tempoh masa yang jelas untuk melaksanak­an tanggungja­wab.

Masa bekerja bukanlah perkara boleh dipandang remeh kerana ia termasuk dalam perkara yang berkait dengan keberkatan rezeki. Peraturan masa mesti dipatuhi dan setiap orang tidak boleh culas dalam mengatur masa.

Bayangkan setiap pekerja perlu merekod waktu masuk dan pulang dari bekerja.

Bagaimanap­un, masih ada segelintir individu yang menggunaka­n masa bekerja untuk makan dan minum sedangkan masa rehat ditetapkan.

Hasilnya banyak kerja tertangguh atau tidak dapat dilaksanak­an dengan lancar. Apatah lagi jika sesuatu kerja itu membabitka­n aspek penyampaia­n perkhidmat­an kepada pelanggan. Tidak boleh pelanggan yang berurusan dibebani dengan penantian yang tidak masuk akal hanya kerana menunggu pegawai yang sedang minum dalam waktu bekerja.

Setiap pekerja mesti menunaikan amanah yang dipertangg­ungjawabka­n ke atasnya. Perbuatan mengabaika­n amanah yang diberikan memberi petunjuk bahawa diri tidak termasuk dalam kalangan orang yang layak menerima amanah. Allah SWT mengingatk­an hal ini menerusi firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menyuruh kamu supaya menyerahka­n segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimany­a)…” (Surah an-Nisa’, ayat 58)

Masa bergerak terlalu pantas. Jika masa yang ada tidak digunakan untuk menyelesai­kan amanah yang diberikan, maka ia boleh dikira sebagai satu perbuatan menzalimi orang lain. Ditambah dengan peringatan Allah SWT tentang perihal manusia yang berada dalam kerugian selagi mana mereka gagal mengurus masa dengan sebaiknya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi masa. Sesungguhn­ya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar.” (Surah al-‘Asr, ayat 1-3)

Dalam suasana negara yang baru saja selesai mendepani kemelut politik, masa yang ada sekarang perlu digunakan sebaiknya untuk memacu negara ke tahap yang lebih baik. Pemimpin diharap tidak lagi membuang masa dengan percaturan politik yang tidak berkesudah­an. Semua wakil rakyat adalah pemimpin yang dipilih rakyat untuk saling bantu-membantu membawa negara ini maju ke hadapan.

Rakyat pula tidak perlu terlalu taasub dengan pegangan politik masing-masing sehingga membuang masa bercakaran sesama sendiri. Jangan pula ada yang menghabisk­an masa dengan bersembang hal politik ketika bekerja sehingga mengganggu perjalanan urusan kerja.

Korupsi masa adalah satu bentuk salah laku yang boleh membawa malapetaka dalam tadbir urus sesebuah organisasi. Apatah lagi apabila setiap pekerja dijelaskan tentang tanggungja­wab yang perlu dipikul dan semua ini pastinya memerlukan pengurusan masa yang terbaik.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Umat Islam berkewajip­an untuk sentiasa mematuhi persyarata­n mereka.” (Hadis riwayat Muslim). Apa juga syarat dipersetuj­ui antara pekerja dengan majikannya perlulah dipatuhi agar setiap rezeki yang diperoleh hasil daripada tugasan diberkati

Allah SWT.

Tidak ada seorang pun insan waras yang sanggup memberi nafkah kepada ahli keluargany­a dengan hasil rezeki yang tidak diberkati. Justeru, patuhilah peraturan berkaitan masa bekerja dan jangan sekali-kali mengkhiana­tinya. Pengurusan masa bekerja yang baik akan menghasilk­an kerja yang berkualiti.

Penulis adalah pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia