Harian Metro

REZEKI ANGGUN JELITA

Syazwan tidak menjangka lagu ciptaannya jadi lagu tema drama Jujurlah Nikahi Aku

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro. com.my

Jika

sebelum ini, pendatang baru seni suara lebih tertumpu menyertai program realiti TV untuk mencuba nasib mengetenga­hkan bakat dimiliki.

Kini, tumpuan itu nampaknya sudah terarah kepada platform baharu iaitu digital seperti YouTube dan media sosial yang menjurus pada Instagram.

Berbicara mengenai platform terkini diguna pakai kebanyakan penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) itu, ia turut jadi pilihan penyanyi Syazwan Syahmi.

Syazwan, 22, kini muncul dengan lagu

Anggun Jelita ciptaannya yang menjadi antara lagu tema untuk drama Jujurlah Nikahi Aku yang disiarkan Astro, baru-baru ini.

Mengulasny­a, Syazwan berkata, dia tidak menduga lagu Anggun Jelita bergenre balada dinyanyika­n itu mendapat peluang dipilih menjadi lagu tema.

“Sebagai penyanyi baharu, ia dianggap peluang keemasan. Saya tak sangka langsung lagu Anggun Jelita akan mendapat tempat sehebat ini.

“Apatah lagi, ia lagu hasil ciptaan saya. Komposer baharu dan muda yang masih tidak banyak pengalaman. Apapun, ini adalah rezeki Allah.

“Kejayaan lagu Anggun Jelita dipilih menjadi lagu tema drama Jujurlah Nikahi Aku ini turut menjadi pemangkin semangat buat saya terus berusaha mencipta lagu berkualiti,” katanya.

Bernaung dengan syarikat rakaman Awal Music sejak Oktober tahun lalu, pemilik nama sebenar Syazwan Syahmi Muhammad Rosdi ini berkata, dia sentiasa mengharap peluang.

“Minat saya pada nyanyian sangat dalam. Atas sebab itu, saya tidak jemu berusaha menyanyika­n lagu ‘cover’ di platform digital dan media sosial.

“Sejak tiga tahun lalu, hingga kini saya sudah menyanyika­n lebih 100 lagu ‘cover’ yang kebanyakan­nya dimuat naik di Instagram,” katanya.

Mengulas mengenai lagu Anggun Jelita, Syazwan berkata, ia mengisahka­n percintaan seorang pemuda dengan dua gadis yang dikenaliny­a.

“Seorang gadis dikenali dengan nama Anggun dan satu lagi, Jelita, kedua-duanya memiliki keistimewa­an tersendiri yang memikat hati pemuda berkenaan.

“Bagaimanap­un, hanya seorang yang akan menjadi pilihan pemuda itu dan jika ingin mengetahui­nya, boleh menonton muzik video rasmi di YouTube,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan baik pendengar, Syazwan berkata, setakat ini rata-rata komen diterima mengenai lagu Anggun Jelita sangat positif.

Katanya apa yang pasti, kebanyakan penonton menyedari kemunculan lagu Anggun Jelita selepas menyaksika­n drama Jujurlah Nikahi Aku.

Menurut Syazwan lagi, muzik video Anggun Jelita di YouTube sudah ditonton lebih 200,000 kali selepas dimuat naik sekitar sebulan lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia