Harian Metro

PRIHATIN WABAK PANDEMIK

Son Ye Jin tampil menderma sejumlah besar wang bantu penduduk bandar Daegu

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Sejak

hujung tahun lalu hingga kini, penularan wabak Covid-19 seakan belum berpenghuj­ung. Jumlah penghidap positif semakin meningkat, begitu juga yang maut.

Kini, seluruh dunia berdepan dugaan berat. Malah, aktiviti pelanconga­n dan pengangkut­an terutama udara mengalami kemerosota­n tinggi.

Apa yang pasti, penularan Covid-19 juga melanda Korea Selatan. Justeru, sebagai selebriti dikenali dan seorang yang prihatin, aktres Son Ye Jin, 38, tampil menderma.

Pelakon yang melonjak dengan drama Crash Landing On You itu sanggup menderma sejumlah besar wangnya untuk membantu bandar Daegu.

Son Ye Jin dalam satu kenyataann­ya memberitah­u dia berasa sedih dengan berlakunya penularan wabak Covid-19 itu yang sangat berbahaya.

“Apapun, sebagai individu yang lahir dan membesar di bandar

Daegu, saya harus tampil memberikan sumbangan untuk membantu penduduk di sini.

“Daegu adalah kampung halaman saya. Malah, ibu bapa dan keluarga saya, kesemuanya masih menetap di sana sekarang.

“Oleh itu, Daegu adalah bandar yang sangat istimewa buat saya. Apabila berita melaporkan Daegu turut terkena penularan wabak Covid-19, ia sangat menyakitka­n,” katanya.

Son Ye Jin berkata, dia sangat bimbang mengenai keadaan keluargany­a. Katanya, jadi wajar untuk dia menderma pada tempat lahir sendiri.

Apapun, ujarnya dengan sumbangan kewangan dihulurkan sekurangku­rangnya dapat membantu meringanka­n bebanan dihadapi penduduk setempat.

“Saya berharap dengan sumbangan kewangan ini juga dapat memberi bantuan praktikal kepada penghuni berpendapa­tan rendah di sekitar Daegu.

“Saya yakin mereka (penduduk) sangat memerlukan bantuan daripada pelbagai sudut sekarang selain kewangan. Semoga dugaan dilalui berkuranga­n.

“Tidak hanya itu, saya juga berharap dengan bantuan kewangan disalurkan dapat menyokong proses rawatan dan aktiviti pencegahan Covid-19,” katanya.

Berdoa semoga segalagala­nya akan beransur pulih, Son Ye Jin berkata, dia menyeru pembabitan pihak berkemampu­an tampil membantu.

Mengenai desas-desus percintaan­nya di lokasi,

Son Ye Jin enggan mengulas kerana kini pencegahan wabak Covid-19 lebih utama.

Jelasnya lagi, hubungan cinta adalah cerita peribadi. Apa yang pasti, dalam situasi sekarang perkembang­an semasa terutama berkaitan Covid-19 paling penting.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia